Peritnnya hidup seorang wanita mualaf, suami dipenjarakan, anak2 tak makan sampai malam.

Inspirasi Mualaf

Ini kisahnya, suami dia dipenjarakan baru2 ini sebab tak dapat bayar saman atau pampasan yang di minta selepas langgar satu kereta. Dia disaman di makamah dan pampasan yang diminta 30k dan mereka tak mampu bayar. Mereka duduk di rumah pusaka suami yang diberi pada suaminya.

Mereka berdua memeluk agama islam 9 tahun lepas. Selepas memeluk agama islam mereka disingkirkan dari keluarga dan cuma rumah tu yang diberi padanya. Sebab tak dapat settel duit pampasan, dia dipenjarakan selama 2 tahun.

Isterinya dah cuba macam2 cara untuk dapatkan duit untuk pampasan tapi tak dapat. Sehingga dia dan anak2 pun tak ada cara untuk makan minum. Ujian yang sangat berat yang terpaksa dipikul oleh mereka.

Hari ini kami membeli sedikit barangan keperluan dan menyampaikan sedikit sumbangan untuk digunakan. Kami juga akan mencari solusi bagi suaminya dan keluarganya untuk tidak putus makanan dan keperluan asas. Insyaa Allah, semoga mereka dipermudahkan segala urusan dan dilimpahkan rezeki di dunia Akhirat. Aameen

Hari ini, kami follow up dengan beberapa sahabat dan yang bole bantu dan mengetahui kesnya. Dengan izin Allah S.W.T , suaminya dibebaskan dari tahanan tengah hari tadi. Alhamdulillah. Dan tidak dilupakan doa2 dan hamba2 Allah yang membantu untuk dia dibebaskan. Malam tadi kami terus gi Genting untuk jumpa dia dan mengetahui isu sebenar dan memahami keadaannya.

Kami membawa beliau dan keluarganya makan malam dan borak dengan dia. Perkataan pertama yang keluar dari mulutnya ialah “Allah sayang pada saya dan bantu saya” walaupun saya berdosa dan masih mencari ilmu Allah. Cerita dia bermula dia memeluk agama islam di mana di diuji, uji dan diuji sampai sekarang.

Masa kat penjara, dia menangis dan merayu pada Allah untuk bantu anak2 yang tak tahu mereka makan apa. Tapi Allah sayang kami sekeluarga, Allah hantar bantuan dan bebaskan saya. Dia diuji dari keluarga sendiri yang tidak suka dia memeluk agama Islam sampai dia di fitnah dan disisihkan dari keluarga. Dan bila dia susah pun mereka menyusahkannya untuk dapat harta pusaka.

Dia pernah ditipu, dipukul dan dibiarkan di tepi jalan masa hari raya haji sehingga dia, isteri dan anak2 tidor tepi jalan untuk 3 hari. Masa tu pun,

Allah hantar bantuan. Dia mendapat duit pusaka yang di wasihatkan untuknya. Dia membayar hutang2 nya dan sedekah pada yang perlukan.

Inspirasi Mualaf

Dia diuji jugak dan difitnah yang duit itu dari buat benda2 haram. Dia difitnah oleh seorang ustaz yang sepatutnya membawanya ke jalan Islam dan kebenaran. Tanpa2 apa pilihan dan putus harapan, dia pindah ke rumah pusaka di Genting. Hidupnya menjadi lebih teruk setiap hari. Tapi dia masih berkerja macam2 kerja untuk tampung keluarganya. Sehingga diuji selepas langgar kereta dan bila tak mampu bayar pampasan, dipenjarakan.

Hari ini, kami menyerahkan duit kutipan dari talk semalam dan sumbangan dari sahabat2 kita. Dan kami juga menasihatkan dia dan keluarga untuk pindah dan mulakan hidup baru menuju jalan Allah. Kami akan bantu untik dapatkan rumah sewa untuknya dan support dia dan keluarga. In syaa Allah

Tuan2 dan puan2, kes begini melarat dan jadi sampai ke tahap ini sebab mereka tidak diberi bimbingan yang betul dan tidak diberi peluang untuk berubah. Mereka telah mendapat hidayah Allah tapi masih mencari2 hidayah taufiq.

Semoga kita membimbing mereka2 ini dan tidak buruk sangka pada golongan mualaf. In syaa Allah

sumber; Inspirasi Mualaf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*