Seorang non Muslim sindir Heliza Helmi “What the f*ck is wrong with Malay Muslim romanticing DE4TH”

Dr Ahmad Sanusi

Tidak Salah Mengimpikan Syah1d

1. Di dalam al-Quran, Allah sendiri membayangkan keindahan mati syah1d. Mereka ini disifatkan sebagai golongan yang tidak mat1 bahkan hidup bergembira di syurga. Firman Allah:

وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ *فَرِحِينَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ

Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbu nuh (yang gugur Syah1d) pada jalan Allah itu mat1, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki; (Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mat1 Syah1d) yang telah dilimpahkan kepada mereka.” (Ali Imran:169)

2. Begitu juga dengan Rasulullah ﷺ. Baginda ﷺ meletakkan syah1d ini sebagai sesuatu yang akan mengangkat Muslim ke kedudukan yang istimewa. Sabda Rasulullah:

انَّ فِي الجَنَّةِ مِائَةَ دَرَجَةٍ، أَعَدَّهَا اللَّهُ لِلْمُجَاهِدِينَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

“Sesungguhnya di dalam Syurga nanti ada 100 tingkatan kedudukan yang Allah sediakan buat pejuang di jalan Allah. (HR al-Bukhari)

3. Bahkan Rasulullah ﷺ menggalakkan kepada kerinduan mat1 syah1d. Sabda Rasulullah ﷺ:

مَنْ سَأَلَ اللَّهَ الشَّهَادَةَ بِصِدْقٍ بَلَّغَهُ اللَّهُ مَنَازِلَ الشُّهَدَاءِ وَإِنْ مَاتَ عَلَى فِرَاشِهِ

“Barangsiapa yang berdoa supaya dikurniakan mat1 syah1d dengan penuh ikhlas, maka Allah akan meletakkannya dikedudukan orang-orang yang syah1d, sekalipun dia meninggal di atas katil (tanpa berjuang). (HR Muslim)

Malah Rasulullah sendiri merindui mat1 syah1d. Perkara ini diceritakan oleh Abu Hurairah yang menyebutkan bahawa Rasulullah ﷺ pernah bersabda:

(والذي نفسي بيده، وددتُ أنِّي أُقاتلُ في سبيل الله فأُقتلُ، ثم أُحيا ثم أُقتلُ، ثم أُحيا ثمَّ أُقتلُ

“Dan demi jiwaku yang berada di tangannya, aku cinta untuk berjuang dijalan Allah, kemudian aku terbu nuh syah1d, kemudian aku dihidupkan semula lalu aku berjuang lagi dijalan Allah dan terbu nuh. Lalu aku impikan untuk dihidupkan semula dan berjuang dijalan Allah” (Muttafaq ‘alaih)

Lihatlah bagaimana Rasulullah ﷺ sendiri merindui syah1d, melihatnya sebagai sesuatu yang romantic yang dicintainya dan berharap agar dihidupkan semula untuk berjuang sehingga memerolehi syah1d semula.

4. Kerinduan tentang syah1d ini juga dialami oleh para sahabat. Mereka melihat syah1d adalah sebagai sesuatu yang indah. al-Imam al-Bukhari menceritakan bagaimana Anas ibn Nadhr yang bergegas ke medan Uhud. Beliau adalah seorang tua yang tidak dapat menyertai Perang Badar lalu berazam untuk bersama dengan dalam medan Uhud. Beliau berselisih dengan Saad bin Muaz lalu beliau berkata kepada Saad:

إني أجد ريحها من دون أحد

“Wahai Saad, sesungguhnya aku mendapati bau syurga yang tidak didapati oleh yang lain.” (HR al-Bukhari)

Seakan Anas ibn Nadhr melihat syah1d ini adalah sesuatu yang romantis, yang diimpikan olehnya lebih dari yang lain.

5. Begitu juga dengan ramai sahabat yang lain yang direkodkan dialog mereka tentang kerinduan mereka kepada syah1d. Lihatlah bagaimana Abdullah ibn Rawahah yang bertekad meneruskan perjuangan mereka sekalipun berhadapan dengan ribuan tentera Rom yang jauh lengkap bersenjata. Mereka benar merindui syah1d.

Moga Allah membimbing kita.

sumber; Dr Ahmad Sanusi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*