LIMA Langkawi 2019 mendedahkan RAHSIA yang menyedihkan TUDM kita…

Syahril A. Kadir

BUKAN rahsia lagi nak dekat separuh aset TUDM sebenarnya dah nak masuk kategori usang, atau untuk bagi lembut sikit, kategori ‘matang’.

Contoh jet-jet pejuang kita.

Jet pejuang Hawk buatan BAE, telah berada di dalam perkhidmatan selama 25 tahun, jet pejuang buatan Amerika Syarikat Boeing F/A-18D Hornet (20 tahun) dan juga Sukhoi Su-30MKM Flankers buatan Russia (10 tahun). Itu belum kira usia helikopter Nuri yang dah lebih 50 tahun.

Paling meresahkan, kita berhadapan dengan faktor kewangan yang mungkin akan membantutkan usaha untuk menggantikan pesawat-pesawat lama itu.

Betul, kalau sentiasa dinaik taraf dan diselenggara dengan baik, jangka hayat pesawat-pesawat ini akan lebih lama tetapi dengan kedudukan ekonomi sekarang, jangan kata nak ganti baru, nak cover kos untuk penyelenggaraan pun kita dah ‘sesak nafas’.

Abam harap kerajaan dalam apa keadaan sekalipun, tak kiralah nak beli baru ke atau nak terus pakai pesawat yang ada ke – kena utamakan nyawa dan keselamatan juruterbang kita. Itu yang paling penting.

Tak guna kita bermegah ada jet itu dan jet ini kalau pesawat-pesawat itu mempunyai masalah teknikal yang memungkinkan ia terhempas sebelum sempat pun nak berperang, Nauzubillah!

Pada abang-abang pilot TUDM kita, diharap anda akan terus berjuang dalam profesion yang mulia ini demi untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air yang tercinta.

Doa kami akan sentiasa bersama anda, wira-wira angkasa negara!

No photo description available.

Image may contain: sky and outdoor

Image may contain: 2 people, people smiling, outdoor

Image may contain: one or more people

sumber; Syahril A. Kadir

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*