Dahsy@tnya ujian muallaf bekas paderi baru 5 bulan bersyahadah, tiada tempat tinggal dan ditinggalkan isteri dan anak2…

Inspirasi Mualaf

Inspirasi Muallaf adalah sebuah NGO yang diasaskan oleh  Muhammad Roger James Arnold, 44 yang juga seorang muallaf dulunya tetapi kini aktif menjalankan tugas-tugas dakwah di seluruh Malaysia khususnya, menjaga kebajikan saudara baru yang mempunyai masalah selepas melafazkan syahadah…

Berikut adalah perkongsian terbaru daripada beliau…

31 March 2019 – Mualaf yang 5 bulan memeluk agama islam, seorang paderi sebelum ini diuji.

Hari ini bertemu dengan seorang mualaf yang diuji sehingga dia tiada tempat tinggal dan dif1tnah oleh orang Islam. Sepatutnya jumpa beliau besok bersama seorang lagi mualaf untuk didaftarkan pengIslaman.

Tetapi bila terima whatsapp dan call yang beliau tidur di kl central malam ini, kami tergerak untuk berjumpa dan bantu beliau.

Beliau ialah seorang paderi yang menyebarkan agama Kristian sebelum memeluk agama Islam. Ujian dia sangat2 d@hsyat sehingga dia ditinggalkan oleh isterinya bersama anak2nya.

Kami diberitahu yang dia telah membantu syahadahkan 4 orang dalam masa 5 bulan ini.

Ujian beliau baru2 ini datang dari orang Islam yang f1tnah beliau sehingga dia terpaksa tinggalkan surau yang dia tumpang.

Anaknya yang disyahadahkan jugak terpaksa dia hantar balik ke pangkuan ibunya yang belum islam. Isu fitnah ini dalam siasatan dan kami serahkan pada pihak yang menyiasat.

Apa2 pun, kami sangat kecewa jika ia benar sebab ia dillakukan oleh orang islam sendiri.

Inspirasi Mualaf

Beliau telah mendapat kerja dan akan mula kerja besok tapi tiada duit untuk buat kad pengenalannya yang hilang. Hari ini kami menyampaikan sedikit sumbangan dan memberi sedikit nasihat untuk beliau terus istiqomah dalam islam.

Kami akan terus hubungi dan pantau keadaanya. In syaa Allah

sumber; Inspirasi Mualaf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*