Masya Allah, 5 SYAHADAH dalam masa 2 hari…

Amir Ng

Barang siapa yang Allah kehendaki untuk diberi hidayah kepadanya, nescaya Allah melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Barang siapa yang dikehendaki (oleh Allah) kesesatan, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak dan sempit seolah-olah sedang mendaki ke langit” (Surah al-An’am, ayat 125)

Syahadah 1

Alhamdulillah..Hidayah milik Allah s.w.t.. Elizabeth berasal dari Sarawak melafazkan dua kalimah syahadah kembali kepada islam pada 25/03/2019 pada jam 10.30 malam tadi di kelas Muallaf Rawang. Bandar Rawang.

Tahniah diucapkan..semoga Elizabeth sentiasa istiqomah dan mengamal ajaran islam jadi seorang muslim sejati..insyaAllah..amiin..

Alhamdulillah..Hidayah milik Allah s.w.t..

Syahadah 2

Masih ingat lagi Nelson Chan Wai Sen??

Akhirnya beliau pilih untuk kembali kepada Islam. Terima kasih doa rakan fb untuk Nelson beliau melafazkan dua kalimah syahadah dan kembali kepada !slam pada 25/03/2019 jam 10.00 malam tadi di kelas Muallaf Rawang.Bandar Rawang.

Tahniah diucapkan..semoga sentiasa istiqomah dan mengamal ajaran islam jadi seorang muslim sejati..

InsyaAllah..amiin..

Syahadah 3 & 4

Subhanallah…Hidayah milik Allah s.w.t..

Selamat pulang ke agama fitrah buat saudara baru Uncle Chai Coong. dan En James Too Choon Sing Beliau telah melafazkan dua kalimah syahadah dua minggu lepas dan daftar di pejabat agama JAWI. W.P. pada 25/3/2019 antara jam 12.15 pm sebentar tadi ..

Kini mereka akan mengikut kelas fardhu ain di Perkim KL dan masjid seri melati. Selayang. insya Allah..
Semoga mereka akan dipermudahkan segala uruskan, diberkati Allah Dan beristiqomah selalu ke arah jalan yg diredhai Allah.

Insha allah.. Aminn

Syahadah 5

Jumaat Mubarak.. Syukur Alhamdulillah..

Saudari Noureen Falisha nama asal Elizabelt berasal dari sarawak dengan izin keluarganya mendaftar pengIslaman beliau di Majlis Agama Islam Selangor.Daerah Gombak pada 29/3/2019 pukul jam 3.45pm sebentar tadi dibantu oleh pegawai MAIS daerah Gombak Selayang ..

Terima kasih ustaz Maskur . Semoga SaudarI Nurlida Farisha akan dipermudahkan segala uruskan, diberkati Allah Dan beristiqomah selalu ke arah jalan yg diredhai Allah.

Insha Allah.. Amin

sumber; Amir Ng & Muallaf Rawang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*