[V1DE0] Tuntutan GUGUR status ISLAM dalam MyKad di Geneva bukan perkara baru!

Dato' Azwanddin Hamzah

Tuntutan supaya kerajaan Malaysia menggugurkan perkataan Islam di dalam MyKad bukan perkara baru kerana ia adalah merupakan tuntutan yang sudah dimulakan sejak tahun 2017 lagi semasa persidangan Universal Periodic Review (UPR) di Geneva.

Ini adalah kejayaan besar COMANGG0 (Coalition of Malaysian NGOs) yang di antara lainnya dianggotai oleh NGO S1ster 1n Islam (S1S).

Isu ini agak rumit untuk difahami jika hanya melihat vide0 yang tersebar di media sosial sejak semalam. Namun, ini sedikit kerja rumah yang admin buat untuk memudahkan kefahaman anda dalam isu ini…  

Jom t0nt0n dulu…

Apa itu sebenarnya UPR?

UPR adalah ringkasan kepada Universal Periodic Review atau kalau di Bahasa Melayukan mungkin menjadi Semakan Berkala Sejagat.

Ianya adalah satu proses semakan ke atas kesemua 193 negara di bawah PBB terhadap kepatuhan kepada beberapa ketetapan oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (atau United Nation Human Rights Council, ringkasnya UNHRC).

Bermula dari reformasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN) semasa Kofi Annan menjadi Setiausaha Agung satu resolusi 60/251 PBB telah diluluskan pada 3 Mac 2006.

Maka bermula dengan itu, negara kita tertakluk juga kepada mekanisme semakan rekod dan pencapaian ‘hak asasi manusia’ (HAM) ini.

Baca lagi di pautan di bawah untuk info lanjut…

Apa itu UPR (Universal Periodic Review)?

Apakah Tuntutan Hak Asasi Manusia Terhadap Malaysia?

Selepas memahami apa itu UPR (dalam posting lepas), maka kali ini kita cuba fahami apakah tuntutan-tuntutan Hak Asasi Manusia yang telah dibuat terhadap Malaysia?

Dalam proses semakan UPR ini, beberapa tuntutan telah dihantar oleh beberapa pihak kepada UNHRC. Di antara badan yang telah menghantar tuntutan mereka adalah sebuah gabungan NGO di atas nama COMANG0 atau nama penuhnya disebut sebagai Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process.

COMANG0 bukan satu pertubuhan berdaftar. Ianya adalah gabungan longgar sekitar 50 buah NGO berlatar belakangkan fahaman liberal yang menuntut kebebasan mengikut acuan kebebasan mutlak, antaranya termasuk SIS Forum (nama sebenar yang didaftar – nama haram yang mereka guna adalah S1sters 1n Islam), SUARAM (satu lagi pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan ROS ataupun SSM), dan yang lain (insha Allah akan didedahkan dalam posting berikut … 

Kita lihat apakah di antara tuntutan yang COMANG0 telah serahkan kepada UNHRC

1. Menuntut Malaysia tandatangan dan memeteraikan International Covenant on Civil & Political Rights (ICCPR), yang antaranya berbunyi “The Committee observes that the freedom to “have or to adopt” a religion or belief necessarily entails the freedom to choose a religion or belief, including the right to replace one’s current religion or belief with another or to adopt atheistic views, as well as the right to retain one’s religion or belief…”.

Implikasi apabila Malaysia menandatanganinya, ialah ia bakal mengizinkan gejala pemurt@dan berlaku secara berleluasa. Apakah ini yang kita mahu?

2. Menuntut supaya Malaysia menerima Hak S0GI (S*xu@l Orientation & Gender Identity). Maknanya menuntut supaya negara kita menghalalkan L G B T I Q  – s*ks s0ngsang!. Mereka turut memberi tekanan untuk menghapuskan seksyen 377A Kanun Kesiksaan berhubung jenayah l1wat. Di dalam tuntutan ini C0MANGO turut tidak setuju pusat-pusat g@y diserbu pihak berkuasa (maknanya mereka seperti mahu gej@la ini berleluasa)

3. Mempersoalkan Enakmen-enakmen Kesalahan Jen@yah Syar1ah dan mereka mendesak pemansuhan atau pindaan terhadap kesalahan-kesalahan jenayah Syar1ah dan enakmen-enakmen yang didakw@ sebagai “mengganggu hak peribadi”.

4. Membuat tuntutan yang mewujudkan kekeliruan-kekeliruan terhadap isu kebebasan beragama seperti membawa kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kr1stian yang masih belum diputuskan secara muktamad oleh Mahkamah tertinggi di Malaysia – untuk dibicarakan di Geneva!

Mereka juga mempersoalkan larangan terhadap penganut ajaran Sy1ah menyebarkan fahaman mereka di kalangan orang-orang Islam. Dan juga isu hak seorang bapa beragama Islam untuk mengIslamkan anak-anak di bawah umur (juga dijadikan isu hak asasi manusia).
 
Untuk info lebih lanjut, sila baca pautan Apakah Tuntutan Hak Asasi Manusia Terhadap Malaysia?
 
sumber; akarimomar.wordpress.com
kredit video; Fakir Ilmu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*