Daie Dari Malaysia Sanggup Nikahi Warga Columbia Demi Sebuah Usaha ‘DAKWAH’

Bro Firdaus Wong – saya ingin berkongsi dengan anda tentang perkara yang menjadikan saya kagum dengan Adli Ja’ffar dan Violetta…

Saya membawa Mohd Adli Bin Ja’affar bersama untuk membantu merakam program kami di Peru & Colombia. Beliau suka bergurau tetapi seorang yang bagus agamanya. Saya & Ustaz Sofwan memberikan recommendation kepada Abdul Jamid (penganjur di Colombia) Adli adalah seorang lelaki yang bagus agamanya.

Beliau banyak peluang untuk bernikah di Malaysia tetapi apabila saya bertanya kepada beliau, beliau jawab dengan mudah, “Ana nak Birrul Walidain (berbakti/berbuat baik kepada kedua orang tua) dahulu.” Beliau sanggup ketepikan kemahuan dirinya untuk berbakti kepada ibubapanya. Saya tidak mahu menulis berita tetapi saya mahu ringkaskan.

Beliau telah mendapatkan pandangan dari ahli keluarga serta restu ibunya sebelum membuat keputusan untuk bernikah. Bukan itu sahaja, Adli juga sanggup berhijrah ke Colombia pada masa hadapan dan menetap di Colombia bagi menyebar luaskan dakwah di sini.

Beliau sanggup mengambil risiko dan bernikah semata-mata demi Allah Subhanu Wa Ta’ala. Ramai yang berani berangan dan bercakap besar tetapi apabila ada peluang, ramai yang menarik diri dengan pelbagai alasan tetapi Adli tidak. Beliau teruskan demi Allah & Rasulnya.

Isterinya, Violetta pula lagi hebat iman dan pengorbannnya. Dalam 11am, Abdul Jamid masuk ke dalam pejabat dan bertanya kepada 3 peserta wanita di dalam, siapakah yang sanggup bernikah dan mungkin menjadi isteri kedua atau ketiga (poligami)?

Dua peserta setuju dan salah seorangnya adalah Violetta. Violetta juga sanggup berhijrah mengikut Adli ke Malaysia meninggalkan Colombia dan zon selesanya demi Allah dan RasulNya. Jarak umur antara beliau iaitu Adli 27 tahun manakala Violetta adalah 34 tahun dan mempunyai seorang anak perempuan berusian 15 tahun yang baru memeluk Islam semalam.

Bukan itu sahaja, setelah beliau memeluk Islam bulan Disember 2017, beliau kehilangan kerja dan telah hampir 5 bulan tidak bekerja tetapi hadir ke bengkel dakwah demi cintakan Allah & RasulNya!

Apa yang membuatkan saya menitiskan airmata adalah lafaz ikrar yang Violetta dan Adli lakukan di mana Violetta memohon Adli memegang Al-Quran bersamanya dan berjanji;

“I want you to promise, to protect me, to love me, to guide me and to be the best man for me. I promise you, I will love you, support you and be the excellent wife for you. Help me and our family to always do something that will please Allah alone. Guide us to go to Jannah together.”

Semoga Allah memberkati mereka berdua… Adli yang bernikah, saya pula yang menitiskan airmata kegembiraan buat sahabat saya dan gembira kerana menjadi sebahagian dari saat yang bersejarah itu…

sumber; Firdaus Wong Wai Hung

PENG0RBANAN Daie dari Malaysia Nikahi warga Columbia demi sebuah ‘DAKWAH’ membuahkan hasil LUMAYAN

Terkini, 3 lagi insan di Bogotá, kembali kepada Islam di hari Jumaat yg mulia…

Lebih menggembirakan, tatkala mana adik kepada Isteri saya turut hadir ke Pusat Islam Qurtubi di Bandar Bogotá, Colombia, untuk mengucap dua kalimah syahadah, sekitar jam 2.14ptg (3.14 pagi masa Malaysia). Dia menzahirkan niatnya untuk kembali kepada islam, pabila mana dia melihat perubahan yang ketara keatas diri kakaknya selepas memeluk agama Islam setahun lalu.

Insan di Bogotá, secara umumnya yang saya bersembang dan bertukar pandangan, mereka jarang berjumpa dengan muslim, apatah lagi melayu muslim lagi super rare. Mereka berminat tentang agama Islam, kerana Islam agak misteri buat mereka. Mereka bertanya soalan bertalu-talu dengan nada yang rendah diri tentang Jesus, Maryam dan berkenaan agama Islam.

Anak muda disini yang saya jumpai, dan yang hadir ke kelas multimedia mingguan yg saya jalankan di salah satu pusat bahasa di kawasan Engativa, Bogota DC, mereka semua berminat ingin mengetahui tentang agama Islam, dan soalan ditanya dengan laras bahasa yang amat baik dan bersederhana.

Pelbagai usaha dakwah boleh dijalankan disini, in shaa Allah, akan mencari peluang2 yg dpat diteroka disini, bagi menyampaikan islam kepada insan yg berminat mengenal Rabb mereka, sama ada dalam bentuk seminar, kursus, dakwah jalanan dan lain2 di masa hadapan. Moga Allah jalla wa’ala permudahkan urusan saya disini, bersama isteri dan anak saya. Allahumma ameen.. Doakan saya..

sumber; Mohd Adli Bin Ja’affar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*