Masya Allah Hebatnya KASIH seekor ibu kucing; 5 kali MEREDAH kebakaran demi selamatkan anaknya …

my.theasianparent.com

Pernahkan anda mendengar tentang kisah kucing bernama Scarlett, si ibu kucing yang meng0rbankan dirinya sendiri dalam usaha menyelamatkan anak-anak dari mat1 terbakar?

Kisah meny@yat hati ini mengingatkan kita yang kasih sayang itu sebenarnya wujud bukan pada manusia sahaja, malah pada makhluk haiwan.

Walaupun kisah ini berlaku beberapa tahun dahulu, namun terdapat beberapa pengajaran yang boleh diambil dari Scarlett, kucing yang kental dalam membesarkan anak-anaknya.

Mari ikuti kisahnya…

Pada 30 Mac 1996, ibu kucing dan 5 anaknya ini berada di garaj terbengkalai yang digunakan secara haram sebagai rumah di Brooklyn semasa kebakaran berlaku.

Apabila kebakaran akhirnya terkawal dengan bantuan bomba, David Giannelli, salah seorang pemadam kebakaran di tempat kejadian telah menyedari seekor ibu kucing membawa anak-anak keluar dari garaj tersebut satu demi satu!

Kelihatan ibu kucing tersebut yang diberi nama Scarlett telah terbakar dengan teruk dalam cubaan menyelamatkan anak-anak akibat berlari ke dalam api.

Matanya kelihatan tertutup rapat, telinganya dan tapak kakinya melecur teruk, dan bulunya juga sudah terbakar.

Paling menyedihkan, majoriti bulu di wajahnya juga turut terbakar.

Setelah menyelamatkan semua anak-anak kesayangannya, si ibu menyentuh setiap anak kucingnya dengan hidungnya untuk memastikan mereka berada di sana dan masih hidup.

Ini kerana lepuh di matanya yang menyebabkan matanya tertutup menjadikannya mustahil untuk melihat mereka pada masa itu.

Apabila dia sudah memastikan semua anak-anaknya itu selamat dan dalam keadaan baik, Scarlett terus jatuh rebah akibat sudah lemah dan dalam kesakitan!

Betapa besarnya pengorbanan ibu kucing ini!

Mendapat Rawatan Veterinar

Selepas kejadian tersebut, Scarlett dan seluruh keluarganya comelnya segera dibawa ke klinik veterinar di North Animal Animal League di Port Washington, New York untuk dirawat dengan segera.

Walau bagaimanapun, salah seekor dari 4 anak kucing yang tidak dapat diselamatkan akibat virus yang dihidapinya, 1 bulan selepas kes kebakaran berlaku.

Selepas melalui 3 bulan rawatan dan pemulihan, Scarlett dan anak-anaknya yang masih hidupnya disahkan sihat dan menjalani hidup seperti biasa.

Kucing heroine tersebut yang telah melalui banyak kesulitan untuk anak-anaknya kini telah tiada lagi selepas bertempur dengan pelbagai penyakit setelah 12 tahun tinggal bersama keluarga angkatnya.

Tanggal 15 Oktober 2008, merupakan hari terakhir Scarlett di dunia, namun dia mengajar kita erti keberanian dan kasih sayang tanpa kompromi.

link sumber; my.theasianparent.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*