“Yang mana satu mama saya”? R1NT1HAN sikecil yang MERUNTUN JIWA sewaktu lihat jen@zah ibunya yang M4UT kem@langan…

Muhammad Rafieudin Zainal Rasid

SETIA HINGGA KE HUJUNG NY4WA…

“Pagi Jumaat 26 April 2019, Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia menerima berita kemat1an sepasang suami isteri yang terlibat dalam kem@langan jalanraya ketika mereka menunggang motosikal berkuasa tinggi di KM427.1(U) dekat Kuala Kubu Bharu, Selangor. Difahamkan mereka meninggalkan 4 orang cahaya mata yang kesemuanya masih kecil dan bersekolah.

Arwah Mohd Adly bin Ahmat, merupakan salah seorang warga kerja Texas Instrumental di Keramat dan amat disenangi oleh rakan-rakan sekerjanya sehinggakan segala urusan menyempurnakan jenaz@h arwah suami isteri ditanggung sepenuhnya dan diuruskan oleh mereka sehinggalah ke liang lah@d. Manakala arwah isterinya, Intan Safinaz binti Mohd Haris merupakan surirumah sepenuh masa yang menjaga anak-anaknya dan kedua mertuanya di rumah.

  

Ketika menerima panggilan dari salah seorang teman sekerja arwah yang juga merupakan ahli SPJ Malaysia iaitu Tn. Fadzli Salleh, saya sedang berada di Lapangan Terbang Kuala Terengganu menunggu penerbangan untuk ke Kuala Lumpur seusai menjalankan program Kursus Pengurusan Jenaz@h bersama warga Sekolah Sukan Malaysia Terengganu di sana atas jemputan salah seorang ahli pasukan SPJM Negeri Terengganu.

Saya mengarahkan 2 jentera SPJ Malaysia yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi SPJ Malaysia, Dato’ Hj. Mohamad Noor untuk bergegas ke lokasi di Hospital Kuala Kubu bagi menguruskan jenaz@h dan membawanya ke Port Dickson untuk disemadikan di sana.

Alhamdulillah dengan bantuan skuad kami yang berada di Kuala Kubu, Tn. Hj. Rosli Jay, kami berjaya menyempurnakan kedua-dua jenaz@h suami dan isteri dengan segera sehinggalah selesai urusan mandi, kafan dan disolatkan di hospital sebelum waktu solat Jumaat tiba. Terima kasih skuad SPJM Negeri Selangor dari Kuala Kubu!

Kedua-dua jenaz@h kemudiannya dibawa ke Masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu dan disolatkan sekali lagi seusai solat Jumaat bersama ratusan jemaah di sana. Subhanallah!

Sejurus solat jenaz@h di sana, perjalanan diteruskan dengan menaiki van jenazah SPJ2 dan SPJ5 menuju ke kampung halaman arwah di Kg. Paya, Port Dickson untuk memberi peluang kepada anak-anak pasangan suami isteri tersebut serta kedua orang tua dan kerabatnya menatap jasad keduanya buat kali terakhir.

Kedua-dua jenaz@h sampai ke rumahnya pada jam 5:00 petang dengan diiringi 4 buah kereta peronda PDRM bagi memudahkan mengharungi perjalanan yang sesak di sebelah petang ketika warga kota mula pulang ke rumah masing-masing. Terima kasih pasukan PDRM!

Rintihan Anak Arw@h Meruntun Jiwa…

“Yang mana satu mama saya?” Rintih salah seorang anak arwah pasangan suami isteri m@ngsa kem@langan jalanraya sewaktu menatap kedua jasad berkafan tersebut. Suasana ketika itu meruntun jiwa semua yang hadir saat mendengar pertanyaan dari anak arwah yang masih lagi kecil itu.

Persoalan itu ditanya kerana kedua-dua jasad ibu dan ayahnya tidak dapat dibuka bahagian kafan di wajahnya bagi menjaga perasaan ahli keluarganya kerana keadaan jenaz@h yang agak kritikal kerana insiden kem@langan tersebut. Mereka berempat menjadi yatim piatu sekelip mata! 😢😢😢

4 Kali Solat Jenazah!

Solat jenaz@h kali ketiga didirikan di rumah tersebut dan masih ramai yang ingin menunaikan solat jenaz@h namun kerana ruang tidak mencukupi, jenaz@h-jenaz@h tersebut dibawa ke Masjid Kariah Kg. Paya untuk disolatkan kali keempat di sana dengan ratusan lagi sahabat-handai dan orang kampung. Allahuakbar, amalan besar apakah yang arwah suami isteri ini lakukan sewaktu hayatnya sehinggakan solat jenaz@h mereka sahaja sampai 4 kali?! 😭

Setelah selesai solat jenaz@h, lebih kurang jam 6:00 petang kedua-dua jen@zah pasangan suami isteri tersebut dibawa ke Tanah Perkuboran Islam Kariah Kg. Paya Port Dickson untuk disemadikan dengan dibantu pasukan Skuad dari SPJM Negeri Sembilan.

Ratusan tetamu yang hadir mengalirkan air mata saat melihat anak-anak arwah yang masih bersekolah itu menang1si pemergian kedua orang tua mereka yang disayangi ketika jen@zah diturunkan ke liang lahad satu-persatu.

Suasana mendung petang Jumaat seolah mengerti betapa per1tnya jiwa anak-anak kecil ini untuk menghadapi kenyataan yang memeritkan ini. Namun takdir yang Allah swt tetapkan, pasti mengandungi hikmah disisi-Nya. Dia lebih menyayangi kedua-dua arw@h.

Semoga arw@h suami dan isteri ini diberikan rahmat dari Allah swt dan diampunkan segala d0sa dan kesalahan yang pernah dilakukan sepanjang hayatnya serta ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Aamiin.

TERIMA KASIH SKUAD!

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga sukarelawan SPJ Malaysia yang berusaha sebaiknya bagi membantu menyempurnakan kedua-dua jenaz@h pasangan suami isteri tersebut. Tanpa semangat berpasukan dan muafakat kita semua, pasti urusan sebegini ada kekangannya.

Inilah di antara hasrat dan objektif saya dalam menubuhkan pasukan SPJ Malaysia iaitu mewujudkan komuniti di antara negeri dalam hal ehwal pengurusan jen@zah agar urusan fardhu kifayah ini dapat berjalan lancar tanpa membebankan ahli keluarga dan waris yang dalam keduk@an. Semoga usaha ini terus istiqamah dan dapat diteruskan dalam suasana semangat berpasukan. Syabas Skuad!!!

Marilah Sertai Kami…

Mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian dari ahli pasukan SPJ Malaysia di setiap negeri seluruh negara, sila tinggalkan mesej di halaman Facebook ‘Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia’.

BANTULAH KAMI UNTUK MEMBANTU UMMAH!

Sekiranya Yg. Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan ingin menyumbang kepada pertubuhan ini agat dapat membantu urusan bagi mereka yang memerlukan bantuan, sila masukkan sumbangan ke akaun rasmi pertubuhan:-

*PERTUBUHAN SKUAD PENGURUSAN JENAZAH MALAYSIA* (PPM-026-14-24012018)

CIMB: 8603-48-9285
BSN: 1410-0410-0030-6186

Semoga segala sumbangan jariah para dermawan sekalian menjadi saham akhirat dan mudah-mudahan dilancarkan segala urusan kita di dunia dan juga di akhirat. Aamiin.”

BERKHIDMAT SECARA BERJEMAAH DIBERKATI ALLAH SWT!

Akhukum fillah;
-Ustaz Rafie Zainal-
Pengerusi SPJ MALAYSIA

sumber; Muhammad Rafieudin Zainal Rasid

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*