Digelar ‘PEKAK’, Dr Maza ‘Pulang Paku Buah Keras’…

DrMAZA.com

Banyak berita pagi ini pasal kenyataan YAB Tun M: “Mufti Perlis pekak” sebab kritikan saya yang suara mempertahankan Islam kurang kedengaran dalam kalangan pimpinan kerajaan hari ini. Umat Islam rasa kurang selamat.

Namun, sesiapa yang mampu mendengar keresahan rakyat, itulah realiti yang disuarakan oleh setiap lapisan masyarakat Islam di negara ini. Saya tidak pasti siapa yang pekak.

Mungkin YAB Tun M terguris disebabkan hubungan baik saya dengan Tun M selama ini. Saya faham keadaan itu.

Beberapa tahun yang lalu Tun M ada menulis cacatan ini kepada saya. Antara yang ditulis: “Jangan ketepikan kebenaran kerana takut. Perjuangan yang bebas dari cabaran dan tentangan bukanlah perjuangan yang sebenarnya”.

In sha Allah saya akan berpegang kepada falsafah itu sekali pun terhadap kerajaan pimpinan Tun M sendiri”

sumber; DrMAZA.com

BILA MUFTI PERLIS DIPANGGIL “PEKAK” OLEH PERDANA MENTERI

Ramai yang tahu hubungan rapat antara Mufti Perlis, Dr Maza, dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir.

Dr Maza sendiri pernah mendedahkan beliau kenal “secara dekat dengan Tun M sejak tahun 2007”

Dr Maza juga sangat hormat kepada Tun Dr Mahathir yang beliau panggil sebagai “ayahanda Tun”.

Dr Maza juga sangat kagum kepada Tun Dr Mahathir yang beliau gelar sebagai “negarawan lagi wira negara”.

Buku “A Doctor In The House” juga Dr Maza sifatkan sebagai “karya agung” Tun Dr Mahathir.

Dr Maza juga berkongsi fikiran dengan Tun Dr Mahathir dalam banyak hal sehingga menyebut “saya suka cara Tun”.

Bila Tun Dr Mahathir menyerang lawan, Dr Maza selalu menyokong, antaranya dalam isu Peristiwa Memali.

Bila Tun Dr Mahathir dikritik, Dr Maza selalu membela, antaranya dengan berkata ‘hati nurani beliau sangat Melayu’.

Dr Maza juga sentiasa berdoa agar “Allah memberkati hidup Tun Dr Mahathir” dan agar “beliau terus sihat”.

Alih-alih malam tadi Tun Dr Mahathir tanpa disangka-sangka boleh menggelar Dr Maza sebagai “pekak” pula.

Tiada yang lebih menyedihkan berbanding hentaman terbuka tokoh yang kita hormat, kagum, suka, sokong dan bela.

Akan semakin bertukarkah agaknya rasa hormat, rasa kagum, rasa suka, sokongan dan pembelaan Dr Maza selepas ini?

Dan apa agaknya perasaan orang-orang Perlis bila Mufti mereka digelar sebagai “pekak” oleh Perdana Menteri?

sumber; Dr. Kamarul Yusoff

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*