Dr Ahmad Sanusi- Orang Baik Yang Membisu

Dr Ahmad Sanusi

1. Apabila Mufti menyatakan kebimbangan tentang kedudukan Islam, maka kita seharusnya mengambil perhatian. Adalah lebih baik menyuarakan kebimbangan tentang Islam daripada menjadi bisu berdiam diri.

Al-Imam Ibn al-Qayyim menukilkan bahawa: Umar bin Al-Khattab r.a. telah ditanya satu soalan:

“Adakah sesebuah negeri itu boleh musnah padahal ia kelihatan makmur maju?” Saidina Umar menjawab: “Ya, apabila orang-orang jahat menguasai orang-orang baik.” (orang baik diam apabila melihat kejahatan).

2. Menyeru kepada kebenaran dan menjaga kedudukan Islam adalah prinsip yang mulia, yang kekal terpatri di dalam al Quran. Rasulullah memuji kumpulan yang menyampaikan kebenaran dalam apa keadaan sekalipun. Sabda Rasulullah:

«إِنَّ مِنْ أَعْظَمِ الْجِهَادِ كَلِمَةَ عَدْلٍ عِنْدَ سُلْطَانٍ جَائِرٍ»

Sesungguhnya di antara Jihad yang terbesar adalah perkataan adil (kebenaran) di sisi pemerintah yang zalim. (HR al Tirmizi).

3. Ketika pembukaan Kota Qubrus (Cyprus), Saidina Abu Darda didapati menangis setelah kaum Muslim memperoleh kuasa. Melihatkan keadaan ini Jubayr ibn Nufayr menegur Abu Darda.

Kata beliau: Apa yang membuatkan engkau menangis pada hari Allah memuliakan kita? Berang mendengar perkataan tersebut, Abu Darda menjawab:

ويحك يا جبير ، ما أهون الخلق على الله عز وجل إذا أضاعوا أمره ، بينما هي أمة قاهرة ظاهرة لهم الملك تركوا أمر الله فصاروا إلى ما ترى

Maksudnya: Celakalah engkau wahai Jubayr. Tidak ada makhluk yg paling hina apabila mereka meninggalkan perintah Allah. Umat ini sedang memiliki kekuatan, namun apabila mereka meninggalkan kebenaran engkau akan tengok apa yg akan berlaku. (Abu Nuaim, Hilya al-Auliya)

4. Sesiapa pun yang yg dikurniakan Allah kuasa utk memegang tampuk pemerintahan, tugas menasihati kebenaran tidak akan selesai. Ia adalah legasi para Nabi yang kekal.

5. Tegas Saidina Umar:

نحن قوم أعزنا الله بالإسلام فمهما ابتغينا العزة من دونه أذلنا الله

Kita adalah kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam. Bilamana kita mencari izzah selain dari Islam, maka Allah akan merendahkan kedudukan kita.

6. Kemuliaan Muslim adalah dengan Islam dan menjaga kedudukan agama Allah ini. Ketinggian prinsip sang Muslim adalah dengan peranan nasihat menasihat serta menyeru kepada kebenaran.

Mudah-mudahan, Allah membimbing Malaysia ke arah yang lebih baik.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*