[VIDE0] Pelancong Sepanyol TERUJA keramahan jemaah Masjid Abidin, K. Terengganu…

 Amazing Terengganu

Semalam, seorang pelancong dari Spain tiba di Masjid Abidin ketika jemaah sedang solat Maghrib. Ketika di pintu masjid, seorang kanak-kanak lelaki terus datang sambil tersenyum dan bertanya, ‘nak kain pelikat ke?’

Mat Saleh biasanya tak biasa dan tak tahu nak pakai macam mana. Tapi adik yang baik hati ini ambil satu kain pelikat dan tolong pakaikan. Baik sungguh.

Selepas Solat Maghrib, Ustaz Ridhuan, imam bertugas, datang menegur tetamu jauh ini dan menjawab beberapa soalan; siapa boleh jadi imam? macam mana nak pilih imam? apa syaratnya dan berapa lama perlu belajar Islam untuk jadi imam?

Pelancong ini tak jangka boleh jumpa imam dan dia sangat seronok sehingga minta izin untuk bergambar dengan imam. Kemudian, dia juga dijelaskan serba sedikit tentang Allah, solat, nabi & Quran.

Bila bilal laungkan azan Isyak, pelancong ini beritahu mahu melihat jemaah Solat lagi. Jadi, sekali lagi dia berdiri saja di belakang saf sambil melihat jemaah solat sampai habis.

Kebiasaannya, bagi non-Muslim yang pertama kali masuk ke masjid mereka agak risau takut-takut terbuat silap sebab tak tahu peraturan masjid dan tak tahu keadaan dalam masjid.

Tapi, jemaah Masjid Abidin sangat peramah bahkan pak guard pun datang tegur, senyum dan tanya apa yang boleh di bantu membuatkan pelancong ini rasa terharu dan dialu-alukan.

Perkara-perkara kecil sebegini sangat penting kerana sebenarnya akhlak dan kelakuan kita berbicara lebih lantang dari kata-kata…


April 26, 2019 
Abidin Mosque, KT.

link sumber; Amazing Terengganu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*