[VIDE0] Dah 2 bulan Ustaz Azli T0liban pergi, kini anaknya berkongsi RAHSIA arwah abinya…

Abi Fateh

Tiba tiba entah mengapa hari ni umi tanya aku ingat tak surah apa abi selalu baca dalam solat. aku pun bila belek mushaf dan surah dan ayat tersebut, ya allah. mengalir laju air mata ni!

Di sana ada ayat dari surah As-Soff, ayat saranan untuk orang beriman menjadi Ansarullah. saranan untuk berjual beli dengan Allah. 

Bila baca ayat tentang berjual beli dengan Allah, dan ganjaran Allah bagi syurga yang indah terbayang bayang kelibat abi dekat sana menikmati ganjaran dari perniagaannya dengan Allah.

Air mata turun makin laju. mengenangkan diri ini masih jauh. hanya Tuhan tahu betapa jauhnya diri ini nak dibandingkan dengan abi.

Dapat ke tidak aku nak jumpa abi di sana esok? cukupkah amalan aku? soalan ni sampai harini aku sendiri tak berani nak bagi jawapan dengan yakin.

Lepas tu belek surah seterusnya pulak, ayat cerita fasal pesan Luqman pada anaknya. part ayat yabunyya yabunayya (wahai anakku, wahai anakku) tu seperti terngiang ngiang bacaan abi di telinga.

Seolah olah abi baca untuk menjadi pedoman wasiat pesan kami adik beradik. Air mata bagai tidak mahu berhenti. subhanallah. subhanallah. subhanallah.

 

Opah selalu cakap, abi pergi secara tiba tiba je. tak sempat nak pesan apa apa. nak tinggal nasihat pesan apa. tapi dalam tak sedar sebenarnya inilah nasihat dan pesan abi. yang diulang baca setiap kali abi jadi imam.

Ada hikmah dan sebab rupanya Allah bagi taufiq gerakkan hati abi untuk baca ayat ayat ini dalam setiap solat yang dia imami rupanya. Subhanallah. Allahuakbar.

Dari hari abi pergi, tempat abi disemadi sampai ke harini, banyak benda ajaib dan cantik aku nampak tuhan susun dan rancang sepanjang pemergian abi. Kalau perasan tiada satupun benda yang abi tak selasaikan atas dunia ni.

Akir yakin abi di kalangan hamba yang Allah pilih. bergembiralah abi!

Tinggallah kami di sini untuk memperbaiki amalan, menyemai amal supaya kami juga dapat ikut dan hidup dengan abi di sana nanti. kami janji akan berusaha sehabis baik abi!

video : raya tahun sudah tahun kedua yang tidak sempat bersama abi umi dan adik adik.


sumber; Ahmad Syakir Norazli

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*