Inilah CORETAN dari HATI walid adik Ainul yang sungguh MERUNTUN jiwa…

Ahmad Safiuddin

Selepas habis diploma, kami berdua terus merancang untuk berkahwin. 

Usai menamatkan pembelajaran, ketika umur kami 21 tahun, hujung tahun 2016 kami bertunang. 

Semuanya berjalan dengan lancar hingga boleh saya katakan tiada langsung ujian kami ketika itu. 

Tahun 2017, kami tamatkan dengan perkahwinan. 

Bahagianya kami hanya Allah yang tahu. 

Rezeki dari Allah, 2018 kami dapat khabar gembira bahawa kami bakal menimang cahaya mata. Allah bagi lagi rezeki! 

Semuanya berjalan dengan sangat lancar, walaupun ketika itu isteri sambung belajar di terengganu dan saya bekerja di melaka, semuanya Allah permudahkan. 

Sehingga lah bulan 8, 2018. Lahirnya Ainul anak yang bertuah, Allah kata ; ” kali ini aku mahu menguji kamu setelah aku beri kemudahan dan kebahagiaan buat kamu berdua “

Tidak pernah kami sangka yang Allah akan uji kami sebegini. 

Allah Maha Tahu, Allah tahu apa yang kami tidak tahu. 

Ainul ketika dalam kandungan, langsung tidak pernah menunjukkan dirinya tidak sihat. Bila checkup, Dr kata baby sihat dan aktif. Masa kami berdua buat detail scan pun, tidak ada yang tidak kena pada tubuhnya. Isteri juga sihat!

Kuasa Allah, rahsia Allah, sejurus Ainul lahir di dunia, baru kami tahu yang zuriat kami itu sangat istimewa. 

Siapa punya kuasa?

Allah swt.

Siapa izinkan Ainul lahir?

Allah swt

Siapa yang jadikan Ainul begitu?

Allah swt

Siapa yang masih mengizinkan Ainul bernyawa hingga hari ini setelah dia mengharungi pelbagai ujian yang melibatkan risiko nyawanya?

Allah swt. 

Kenapa kami perlu takut? Sedangkan apa yang berlaku hari ini semuanya adalah Allah?

Kenapa kami perlu risau jika hidup mati kami sendiri pun Allah yang tentukan?

Allah adalah musabab segala sebab yang ada di atas muka bumi ini. Allah yang genggam hati makhluk. Allah itu zat yang boleh membolak-balikkan hati manusia. 

Jika Allah mahu ambil ainul, sudah pasti ketika lahirnya, ainul hanya bernafas kurang dari seminit sahaja kerana ketika itu, dia benar-benar kritikal.

Tapi sudah hampir sembilan bulan, dengan ketumbuhan yang makin hari menghimpit segala urat sarafnya, Ainul masih kuat dan tidur lena. 

Allah Maha Besar. 

Ada sesuatu yang DIA mahu tunjukkan. 

Semoga pada hari jumaat yang mulia ini, kami berdoa semoga Allah swt masih memberikan kami peluang untuk berusaha mencari rawatan dan penawarnya. 

Beri lah kami peluang berbakti untuk anak, mudah-mudahan anak ini lah nanti yang akan menarik tangan kami berdua masuk ke dalam syurgaNya atas RahmatNya.

sumber; Ahmad Safiuddin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*