[VIDE0] Malang buat PENCUR1 tabung masjid bila tertangkap dan di’MANDIKAN JEN4ZAH’

SSTV & Isma

BANGI, 8 Ramadan 1440H, Isnin – Belum jadi mayat tetapi sudah dimandikan seperti jenazah. Itu lah pengajaran buat seorang pemuda setelah tertangkap kerana dipercayai memecah tabung masjid.

Kejadian itu dikatakan berlaku di masjid Batu 16, Kampung Sungai Tiram, Johor.

Dalam video berdurasi 1.21 minit yang tersebar di media sosial itu, dapat dilihat seorang lelaki dewasa berpakaian t-shirt hitam dan berseluar jeans disiram dengan air sambil tangan dan kakinya diikat kerana dipercayai mencuri tabung masjid.

Hukuman itu dikatakan sebagai pengajaran kepada lelaki berkenaan supaya tidak mengulangi perbuatan berkenaan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan secara terperinci bila kejadian itu berlaku. Namun, berdasarkan kepada apa yang disebut oleh perakam video, kejadian berlaku ketika bulan suci Ramadan.

“Moga Allah swt bagi kau kebaikan, kesedaran dunia dan akhirat. Lepas ni jangan mencuri lagi. Baring.. baring.

“Kenapa nangis, nangis? Lagi satu gayung, ni dua gayung. Ini bukan mandi mandi mayat. Ini mandi nak jadi mayat. Bagi kau sedar. Ini kan bulan Ramadan,” katanya.

sumber; www.ismaweb.net & SSTV

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*