[VIDE0] Ya Allah! Imam diT1KAM bukan kerana baca Quran kuat tetapi saspek ada rekod jen@yyah dan sak1t mental

thereporter.my

[Saksiakan video serbu@n polis ke rumah saspek di hujung artikel]

Imam yang ceder@ dit1kam seorang penganggur pagi semalam, menafikan membaca al-Quran menggunakan pembesar suara di dalam masjid seperti dilapor media tempatan.

Kesal dengan beberapa laporan media berhubung kejadian itu, Mohd Amin Md Nor, 37, berkata dakwaan kononnya suspek terganggu kerana beliau membaca al-Quran menggunakan pembesar suara adalah tidak benar.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.35 pagi itu, Mohd Amin berkata, beliau tidak langsung menggunakan pembesar suara, bahkan jarak rumah saspek dengan tempat kejadian dianggarkan 200 meter.

“Dakwaan kata saya guna pembesar suara memang tidak benar. Saya membaca al-Quran seperti biasa, malah rumah saspek juga 200 meter dari masjid Kampung Apal.

“Jika dia (saspek) maksudkan pembesar suara, mungkin ia bacaan al-Quran yang dipasang sebelum dan ketika solat Subuh,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Mohd Amin yang menerima tujuh jah1tan di dada kiri berkata, suspek dikatakan mempunyai masalah mental, dan dia juga bukanlah penduduk asal di kampung berkenaan.

“Dia hanya menumpang di rumah abangnya yang menyewa di kampung ini. Dia juga kira baru lagi di kampung ini.

“Saya difahamkan, saspek memang ada masalah kesihatan, dan mempunyai beberapa rekod jen@yah sebelum ini,” katanya.

foto ihsan www.thereporter.my

Serentak itu, beliau berharap supaya semua pihak tidak salah faham bahawa kejadian semalam adalah berpunca disebabkan membaca al-Quran menggunakan alat pembesar suara.

Terdahulu, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, suspek berusia 23 tahun itu mengaku men1kam mangs@ dengan menggunakan sebilah p1sau.

Lelaki itu kini ditahan untuk mendapatkan perintah reman dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksa@n kerana menceder@kan mangsa menggunakan senj@ta taj@m.

Dalam perkembangan yang lain, Exco Kerajaan Terengganu yang juga YB Dun Jabi, Dr Azman Ibrahim turut memuat naik status di FBnya yang menyatakan rasa sesalnya terhadap berita palsu yang ditularkan di media sosial.

Berikut adalah coretan Dr Azman;

Sahabat ambo, Ustaz Amin mangsa yang terlibat dalam kejadian t1kam di Masjid Kg Apal. Alhamdulillah, t1kaman tak mengenai organ penting dan Ustaz selamat.

Beliau berasal dari Kg Apal, bertugas sebagai Imam di Surau Perumahan Rantau Petronas Kerteh.

Cuma nak betulkan fakta yang silap dilaporkan oleh media. Sebenarnya beliau hanya tadarrus Quran seorang diri di Masjid selepas solat subuh tanpa menggunakan pembesar suara.

Bukan sebagaimana yang dilaporkan oleh media, baca Quran menggunakan pembesar suara. Itu adalah fakta dari pihak polis berdasarkan keterangan saspek.

Apa pun syukur, Ustaz selamat. Urusan selanjutnya biarlah undang-undang yang menentukan.

OK, jom saksikan video serbuan polis ke rumah saspek untuk menangkap dan mencari bahan bukti…

sumber v1deo; Info Roadblock JPJ/POLIS

sumber; www.ismaweb.net

kredit foto; The Reporter

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*