Prof Dr Ridhuan Tee dedah RAHSIA BESAR program Pencetus Ummah…

.ismaweb.net

Pendakwah terkenal, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah mendedahkan peserta Pencetus Ummah, salah satu program realiti televisyen, lebih banyak bergantung kepada menghafal untuk menang dan menjadi juara, bukannya mempunyai ilmu yang mendalam.

Pencetus Ummah adalah sebuah program realitik Islamik yang mencari ustaz muda berkebolehan untuk diketengahkan sebagai pendakwah dan peserta akan dikenali sebagai ‘PU’ diikuti nama mereka.

“Pencetus Ummah atau PU, program realiti Astro ini apa? Mereka yang masuk program ini adalah sebahagian yang tersangat kecil peserta di luar sana tidak sedalam mana ilmu mereka.

“Ada yang menang dan menjadi juara sekadar menghafal sahaja. Ilmu tidak ke mana, cuma pandai bercakap saja dan berlawak bod0h sekali sekala. Saya tahulah, sebab saya adalah hos program realiti untuk siri pertama Astro ini dan banyak lagi program realiti lain.

“Sebenarnya program ini tidak ada apa? Glamour saja lebih? Publisiti diberikan seolah-olah peserta-peserta ini hebat sangat. Walhal kerjanya menghafal dan diselang-seli dengan lawak-lawak basi dan gimik-gimik meloyakan. Saya sudah lama dalam dunia seni sebegini,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Terdahulu, tular isu tindakan PU Abu atau Mohammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi, 25, yang melafaz cerai terhadap isterinya Ain ‘Afini Latif, 23, melalui aplikasi WhatsApp. Mahkamah Rendah Syariah Klang hari ini, memutuskan lafaz cerai itu tidak sah.

Pada perbicaraan hari ini, Ain ‘Afini memberitahu bahawa mereka bercerai talak satu pada 28 Januari lalu, dengan kebenaran mahkamah selepas kira-kira empat bulan bernikah.

Kedua-duanya kemudian merujuk kembali dengan lafaz pada 23 Februari lalu di rumah PU Abu di Selayang, tetapi PU Abu didapati menghantar lafaz cerai menerusi WhatsApp pada 13 Mac lalu selepas seminggu meninggalkan Ain ‘Afini, yang sedang hamil.

.ismaweb.net

Mengulas lanjut Ustaz Ridhuan Tee berkata, kejadian itu adalah akibat daripada apabila peserta program realiti terbabit dalam sesuatu perlakuan kontrovers1.

“Terbaharu, ada PU yang menceraikan isterinya ketika sarat mengandung. Macam nak kiamat dunia ini dengan berita tersebut. PU ni tak ada apa pun.

“Jika PU ini faham Islam, seperti program Pencetus Ummah itu, sudah tentu dia tidak bertindak sedemikian.

“Sebab tak tau dan tak faham lah yang menyebabkan berlaku sedemikian. Jadi, apa ke jadahnya perbesarkan isu ini,” katanya.

Justeru, beliau berharap ‘ustaz PU’ dan dai-dai Nusantara supaya menjaga tingkah laku dan akhlak apabila sudah menjadi terkenal dan mendapat perhatian ramai.

“Jangan rosakkan imej Islam dengan tindakan kita yang hod0h itu. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Musuh-musuh Islam akan menggunakan berita untuk memburuk-buruk agama kita.

“Berhati-hatilah. Ambillah kesempatan dengan berjayanya kita masuk TV dan menjadi glamour untuk terus memperdalamkan ilmu di dada.

“Pergilah sambung mengaji. Tak cukup terhenti setakat itu sahaja. Ummah di luar sana sangat dahaga penampilan dan ilmu kita,” katanya.

sumber; .ismaweb.net

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*