Kita KENAL 2009, Kita TUNANG 2013, Kita PUTUS tunang 2014, Kita NIKAH 2016.

Shakir Zufayri‎

Macam2 kita lalui, macam2 kita tempuhi walaupun family tak suka kita bersama tapi awak tetap ikut saya kahwin dengan saya. Ramai yang cakap saya tak boleh jaga awak saya akan mensia-siakan pengorbanan awak.

Saya tak kisah keadaan awak terbaring ke berkerusi roda ke janji awak ade dengan saya, sama2 kita besarkan anak kita . Sy boleh jaga awak asalkan awak boleh bercakap itu sudah memadai dan saya bersyukur .

Sekarang diorang tau yang dorang silap, dari hari saya ‘SALAM’ tangan tok kadi saya berjanji dengan diri saya takkan tinggalkan awak .

Saya sanggup tak kerja takut terlepas waktu melawat, sebab saya nak bila awak sedar saya orang pertama yang awak NAMPAK. Anak kita perlukan kasih sayang awak bukan kasih sayang ibu yang lain, saya pun masih perlukan awak.

9 hb doktor cakap awak mungkin tak bertahan sampai pagi, masa tu saya dah REDHA saya dah putus asa tapi keajaiban ALLAH s.w.t awak tetap bertahan hingga sekarang.

Namun, hari ni sekali lagi saya nampak awak tenat, harapan yang menggunung smlm kini runtuh sekelip mata.

Selalunya ramai yang teman saya mungkin hari ni mereka sibuk, bila saya sendiri macam ni saya jadi takut saya jadi tak kuat, walau macam mana pun saya tahan AIRMATA, ia tetap mengalir.

Saya nak awak dapat baca ape yang saya taip – SAYA TAKNAK KEHILANGAN AWAK…

# Isteri alami masalah saluran darah tersumbat masa mengandung, baby terpaksa digugurkan..

# Just share sebab SEB4K sangat, semoga dapat doa dari ramai orang… Mudah-mudahan isterinya sembuh dan kembali baik semula..

“TERIMA KASIH YANG DATANG MELAWAT , TERIMA KASIH YANG TIDAK PUTUS BERDOA UNTUK KAMI”

Kredit: Encik Ayie

link sumber; Shakir Zufayri‎

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*