PU Syed jawab jawab KRIT1KAN Prof Dr. Ridhuan Tee terhadap Pencetus Ummah (PU)

PU Syed / sudutmalaysia

Tidaklah ambe ingin mencemarkan kesucian bulan Ramadhan ini dgn mencac1 mak1 dan umpat n1sta terhadap Dr Reduan Tee yg amat ambe hormati.

Terlalu kasar ungkapan yang Dr, berikan terhadap ambe dan rakan².
https://www.facebook.com/797212753703143/posts/2192913327466405/?sfnsn=mo

Apa d0sa kami terhadap Dr? Adakah disebabkan seorang, habis satu program dipukul rata?

Dr mungkin lupa, Dr pernah memuji tindakan ambe sewaktu ambe mendesak seorang Menteri untuk melepaskan jawatan. https://sudutmalaysia.blogspot.com/…/jadilah-orang-bermarua…

Adakah jika berkenan dihati Dr akan puji dan jika semak di hati Dr mula menghent@m sesuka hati?. Tahukah Dr bahawa majoriti finalis Pencetus Ummah mempunyai kelulusan yang tinggi dlm bidang agama.

Jika Dr ulas tentang juara, ambe salah seorang daripada mereka. Memang kami takde setaraf dgn Dr dari sudut “sijil” tetapi kami ada autoriti juga untuk memberi pandangan jika didasarkan dgn sijil.

Tentang isu persembahan dengan menghafaz skrip. Ambe tidaklah ingin mengatakan bahawa ambe jenis yang menghafaz skrip ketika di pentas, ambe seorang yang “benak” dalam hafalan.

Cuma pada mimbar yang memerlukan duet sahaja, yang menyebabkan ambe terpaksa menghafaz teks persembahan. Adapun jika secara solo biasanya 80% ayat adalah spontan kecuali dalil yang perlu ditontonkan di layar maka perlu sama.

Jika Dr ingin ulas isu PU Abu, silakan ulas. Sebab itu hak Dr, Kenapa perlu Dr ulang skrip t0hmahan yang lama seperti yang Dr ulas semalam?

Tegur kami jika kami silap, tapi tegur dan mengh1na itu cukup berbeza.

ismaweb.net

Benarlah kata pujangga, disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga.

Maaf Dr, sekadar catatan bekas juara PU musim ketiga, tahun 2015.

Syed Mohd Bakri Bin Syed Ishak alYahya (PU Syed) 
MA Syariah, UM
BA Syariah, Al Azhar
DIP Pendidikan Bahasa Arab, IPIP
Dip Pengajian Islam, UNITI

sumber; PU Syed 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*