7 sekeluarga lafaz syahadah selepas didakwah adik ipar yang baru sebulan masuk Islam

Firdaus Wong Wai Hung

Abdul Rahman bersama isteri dan Iima anaknya telah mengucapkan dua kalimah syahadah pada 11 Mei 2019 selepas menerima dakwah dari adik iparnya yang telah memeluk sebulan lepas. SubhanAllah.

Hari ini kesemua mereka hadir pada kursus Fardhu Ain Asas anjuran JAWI di Kompleks Darul Hidayah, Sentul. Hebatnya hidayah Allah bagaimana adik iparnya yang baru sahaja memeluk Islam sebulan telah berdakwah dan menjadi asbab Abdul Rahman dan ahli keluarganya dikurniakan hidayah oleh Allah Subhana Wa Ta’ala.

Cabaran buat kita yang dah lama Islam…

Saya percaya jikalau adik iparnya yang baru sebulan memeluk Islam telah mampu berdakwah mengikut kemampuannya, maka kita yang telah lama Islam juga mampu melakukannya, InshaAllah.

Semoga Allah Subhana Wa Ta’ala kurniakan kekuatan buat Abdul Rahman sekeluarga yang telah menerima banyak rintangan setelah memeluk Islam dari kenalan mereka.

Seorang wanita Kristian turut hadir kursus…

Kursus hari ini juga dihadiri oleh seorang peserta wanita Kristian Cina yang masih Belum Muslim. Beliau terdetik untuk hadir ke kursus ini sebagai cabaran buat dirinya kerana sering mendengar bagaimana Islam mengakui agama yang benar dan agama lain tidak.

Beliau mahu mencari kebenaran dan mana satu kah yang benar. Semoga Allah Subhana Wa Ta’ala kurniakan hidayah buat beliau.

Allahuma Ameen.

sumber; Firdaus Wong Wai Hung

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*