Cadangan AMALAN untuk 10 malam terakhir Ramadhan…

Salehuddin Bin Abu Samah

BERSUNGGUH-SUNGGUHLAH BERAMAL PADA 10 HARI AKHIR RAMADHAN (العشر الأواخر من رمضان)

Beberapa cadangan amalan yang boleh dilakukan khususnya sepanjang 10 hari akhir Ramadhan :

1) Tunaikan Solat Fardhu pada awal waktu dan secara berjemaah.

2) Laksanakan Solat Tarawih dan Qiyamullail pada setiap malam.

3) Bersedekah walaupun RM 1 pada setiap malam.

4) Membaca al-Quran walaupun satu muka surat setiap malam.

5) Berbuat baik dan banyakkan khidmat bakti kepada ibu bapa, isteri/suami dan anak-anak.

6) Banyakkan berzikir, beristighfar dan berdoa.

7) Ulang sebanyak-banyaknya doa yang diajar oleh Rasulullah ﷺ kepada isteri Baginda, A’isyah Radhiayallahu ‘Anha :

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي 

8 ) Banyakkan bertenang dan jauhkanlah diri daripada sebarang perbalahan.

9) Banyakkan berdoa semoga Allah menerima segala amal ibadah yang telah dilakukan.

10) Hindarkan diri daripada sifat riya’, ‘ujub, sum’ah dan takabbur dengan amalan yang telah dilakukan.

Salehuddin Bin Abu Samah

“Ya Allah, taufiqkanlah kami untuk melaksanakan ibadah sebaik mungkin untuk-Mu khususnya pada penghujung Ramadhan yang mulia dan terimalah segala amalan kami”

الفقير إلى عفو ربه،
أبو عمار مدني،
غفر الله له ولوالديه ولجميع المسلمين.

Bandar Teknologi Kajang, Selangor.
Sabtu, 20 Ramadhan 1440H – 25 Mei 2019

sumber; Salehuddin Bin Abu Samah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*