Hilang pendapatan 5 angka sebulan, isteri jatuh sakit, hubungan keluarga renggang selepas jadi MUALLAF, namun sekarang bergelar PENDAKWAH…

Inspirasi Mualaf

Dulu muallaf, sekarang pendakwah…

“Sebelum memeluk Islam, saya adalah seorang usahawan dan mempunyai kehidupan stabil dengan pendapatan mencecah sehingga lima angka. Saya juga menjadi perunding teknologi maklumat (IT).

“Bagaimanapun, kehidupan saya berubah 360 darjah selepas berkahwin apabila isteri jatuh sakit tidak lama selepas kami berkahwin selain hilang pekerjaan sehingga tiada wang untuk meneruskan hidup.

“Disebabkan terlalu buntu, saya ke masjid dan Alhamdulillah, Allah membuka jalan tidak lama selepas itu dan boleh dikatakan, pelbagai pekerjaan pernah saya lakukan untuk menyara keluarga sebelum mendapat kehidupan stabil seperti hari ini,” katanya.

“Bukan saja hilang harta dan pekerjaan sehingga jatuh muflis, malah hubungan dengan keluarga juga renggang selepas mereka dapat tahu saya memeluk Islam.

“Namun, keadaan kini bertambah baik dan saya anggap apa yang berlaku sebagai ujian untuk mendekatkan lagi diri dengan Allah SWT,” kata Muhammad Roger James Arnold, 44, yang giat menjalankan kegiatan dakwah dan memberi bimbingan agama kepada golongan bukan Muslim serta mualaf.

Muhammad Roger berkata, inisiatif itu dilaksanakan sejak tiga tahun lalu menerusi syarikatnya, Inspirasi Mualaf dengan tujuan untuk membantu saudara baru memahami dan mendalami ajaran Islam.

Katanya, pengalaman dan cabaran dilalui ketika baru memeluk Islam salah satu sebab yang mendorongnya berkongsi ilmu dengan mualaf tanpa mengira latar belakang.

“Saya memeluk Islam pada 29 Januari 2013 iaitu ketika berusia 37 tahun dan keputusan itu dibuat dengan kerelaan sendiri, bukan kerana mahu mengahwini isteri, Roslaili Abd Rahim, 43.

Sebab masuk Islam…

“Antara yang menyebabkan saya tertarik untuk memeluk Islam selepas mengetahui makna di sebalik perkataan Assalamualaikum dan bersyukur kerana niat saya dipermudahkan oleh Allah.

“Namun, saya terpaksa merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan keluarga selama empat bulan dan mereka hanya tahu mengenainya selepas saya selamat mendirikan rumah tangga,” katanya.

Menurut Muhammad Roger, pada mulanya keluarga terutama ibu tidak dapat menerima keputusannya itu hingga hubungannya jadi renggang selama hampir dua tahun.

Meskipun begitu, Muhammad Roger reda dan terus berusaha membuktikan bahawa dia tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap ibunya sekalipun sudah memeluk Islam.

“Sebelum memeluk Islam, saya adalah seorang usahawan dan mempunyai kehidupan stabil dengan pendapatan mencecah sehingga lima angka. Saya juga menjadi perunding teknologi maklumat (IT). Ujian selepas bersyahadah…

“Bagaimanapun, kehidupan saya berubah 360 darjah selepas berkahwin apabila isteri jatuh sakit tidak lama selepas kami berkahwin selain hilang pekerjaan sehingga tiada wang untuk meneruskan hidup.

“Disebabkan terlalu buntu, saya ke masjid dan Alhamdulillah, Allah membuka jalan tidak lama selepas itu dan boleh dikatakan, pelbagai pekerjaan pernah saya lakukan untuk menyara keluarga sebelum mendapat kehidupan stabil seperti hari ini,” katanya.

Menceritakan permulaannya dalam kegiatan dakwah, Muhammad Roger berkata, segalanya bermula selepas dia ditawarkan menjadi Ketua New Muslim Care Malaysia yang memberi peluang untuknya menimba ilmu dan pengalaman sehingga ke peringkat antarabangsa.

Katanya , pada Jun 2016, dia menubuhkan pula organisasi diberi nama Inspirasi Mualaf yang bergerak aktif menyampaikan dakwah kepada bukan Muslim dan mualaf.

“Tiga aspek menjadi fokus utama saya adalah aspek kebajikan yang merangkumi bantuan kepada mualaf disingkirkan keluarga atau tiada makan dan minum seterusnya pembangunan iaitu usaha membantu mereka mendapat pekerjaan atau peluang perniagaan dan pengislaman menerusi program ‘Street Dakwah’.

“Inisiatif lain pula seperti pelancaran talian Mualafku Helpline pada September lalu bagi memudahkan mualaf mahupun asnaf berkongsi masalah atau membuat aduan.

“Alhamdulillah, usaha saya semakin dipermudahkan dan tahun lalu saja, seramai 29 individu diislamkan manakala kira-kira 250 asnaf dari seluruh negara dibantu sejak penubuhan Inspirasi Mualaf.

“Kini, saya dalam usaha mencari dana untuk membuka pusat perlindungan dan pembangunan mualaf di Serendah dan berharap ia dapat direalisasikan,” katanya yang juga aktif menjual baju-T bagi mencari dana untuk menampung aktiviti dakwahnya.

Projek Borneo yang kami jalankan ini mempunyai aspirasi besar untuk penduduk di Sabah & Sarawak. Usaha ini tidak bergerak seorang, tetapi kami perlukan ANDA untuk membantu kami menjayakan segala usaha ini.

Sumbangan anda bagi Projek Borneo (Projek Kebajikan di Sabah & Sarawak) ini amat diharapkan. Setiap sumbangan layak mendapat pengecualian cukai.

Ayuh bantu kami menjayakan Projek Borneo ini melalui 2 CARA berikut:

INFAQ INFAQ secara DALAM TALIAN: www.billplz.com/projekborneo atau melalui akaun YAYASAN IKHLAS dan rujukan ‘PROJEK BORNEO’

Maybank Islamic : 5628 3463 6228

CIMB Islamic : 8600 601 366

Bank Muamalat : 1210 0001 1657 16

Bank Rakyat : 1108 0100 1514

Maklumkan sumbangan anda melalui email ke yayasanikhlas2009@gmail.com bersama salinan slip atau Whatsapp/Telegram infaq anda ke +6012-9790211 (En. Syafiq)

SEBAR & TULARKAN Sebar dan Tularkan mesej ini kepada group Whatsapp/Telegram anda agar ramai pihak tampil membantu untuk menyumbang Projek Borneo

sumber; Inspirasi Mualaf

kredit link; Syafiq Syahmi Sazali 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*