Adik Ainul, rehatlah dalam katil mu nak, bantuan Allah pasti akan tiba tidak lama lagi…

Ahmad Safiuddin

Kamu lebih kuat dari mama dan walid! 

Bila kami fikirkan dan renungkan perjalanan ainul selama ini, penuh perit getir dan semuanya melibat risiko kehilangan nyawa.. 

But ya, she’s still alive alhamdulillah!

Ainul adalah pejuang! Kehadiran Ainul di atas dunia ini menggoncang bumi sehinggakan ramai orang berbuat ihsan dan baik kepadanya..

Kami yakin, ada sesuatu yang Allah nak tunjukkan kepada kami dan kita semua..

Allah sedang menzahirkan zatNya. Allah nak tunjuk yang DIA mampu buat apa yang hambaNya tidak akan pernah mampu..

Percaya lah anak, bila kamu selamat tiba di sini dengan perjalanan yang sangat panjang dan berisiko, walid dengan mama bertambah yakin bahawa kamu sememangnya anak yang kuat..

Kamu lebih kuat dari mama dan walid, wahai anak..

Rehat lah dalam katil kamu anak, Bantuan Allah pasti akan tiba tidak lama lagi..

Inilah team yang uruskan transfer ainul bermula dari malaysia sehingga lah masuk hospital di London. 

Mereka semua Doktor-doktor yang hebat dan baik hati.

1. Dr Fahja (anaesthetist, UK) 
2. Dr Najmiah (anaesthetist, UK)
3. Dr Amalina ( General Surgeon, UK )
4. Prof Faridah ( Lecturer, UK )

5. Dr Jaseem ( anaesthetist, Malaysia )
6. Dr Guna ( anaesthetist, Malaysia )
7. Dr Ruhaiza ( Malaysia )

Siapa sangka, Ainul boleh ada doktor-doktor hebat seramai ini. Semoga Allah merahmati doktor-doktor ini. Amin!

sumber; Ahmad Safiuddin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*