[VIDEO] Tiada siapa yang tahu di mana tanah KUBORNYA…

Muhammad Rafieudin Zainal Rasid

“Alhamdulillah, kami baru selesai menyempurnakan jenaz@h seorang lelaki warganegara Yaman yang menetap di Jeddah, Arab Saudi. Arwah men1nggal dunia pada awal pagi semalam (25/05/2019) di rumah adiknya di Setapak.

Pada mulanya, arwah datang ke Malaysia untuk menziarahi adiknya sebelum dia jatuh sakit dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur selama beberapa hari. Setelah kemat1annya, keluarga arwah meminta agar jenazahnya diterbangkan pulang ke Jeddah untuk dikebumikan di sana .

Namun oleh kerana birokrasi kedua-dua negara yang ketat disamping masalah konfl1k politik di antara Yaman – Arab Saudi, maka urusan dokumentasi di kedutaan mengalami sedikit kesukaran. Tambahan lagi pihak kedutaan tidak beroperasi pada hari Sabtu & Ahad serta cuti umum, oleh itu segala urusan berkaitan hanya akan diuruskan pada hari Isnin nanti.

Setelah melalui proses pengawetan may@t dan jenaz@h dimasukkan ke dalam kerand@ dan disimpan di dalam Kontena Mandi Kafan SPJ Malaysia, pagi tadi kami dimaklumkan bahawa keluarga arw@h mengubah fikiran untuk mengebum1kan jenaz@h di sini sahaja dan kami memutuskan untuk mengebum1kan jenazah di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.

Begitulah kehidupan ini, tiada siapa yang tahu dimanakah jasadnya akan dikebumikan kelak. Namun itu bukanlah perkara yang perlu kita fikirkan kerana setelah kemat1an kita kelak tiada siapa yang akan membiarkan jenaz@h kita.

Perkara yang sewajarnya kita renungkan adalah bagaimana keadaan kita saat men1nggal dunia kelak. Adakah bekalan kita mencukupi dan adakah d0sa kita telah diampuni? Semua inilah yang akan menentukan nasib kita di akhirat kelak sama ada menjadi ahli syurga atau ahli neraka. Allahuakbar…”

jom totnton video…

Akhukum fillah,
-Ust. Rafie Zainal-

sumber; Muhammad Rafieudin Zainal Rasid

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*