[VIDEO] Jemaah Masjid Thornlie, Uzbekistan tetap solat terawih dan tidak berganjak walau seINCIpun biarpun dibasahi hujan lebat

Abe Zam

Semoga Kita Diberi Kekuatan Untuk Istiqamah Dalam Beribadah…

Video ini sebenarnya dimuat naik oleh seorang Pengetua di Kolej Islam Langford yang juga merupakan seorang Imam di Masjid Thornlie. Menurut beliau, suasana tersebut dirakam di sebuah masjid bernama Namangan yang terletak di Uzbekistan.

Kejadian itu dikatakan berlaku ketika masyarakat di sana melaksanakan ibadah solat terawih. Oleh sebab ‘tidak mampu’ menampung kapasiti jemaah yang terlalu ramai, ada di antara jemaah yang nekad untuk solat di luar masjid. Tidak menghiraukan keadaan cuaca, mereka tidak berganjak seinci pun dari menunaikan amalan sunat tersebut.

Renungkanlah bagaimana pulak keadaan masjid dan surau di tempat kita, terutamanya di akhir-akhir Ramadhan ini makin hari makin tak ramai yang datang solat fardhu berjemaah dan sunat Terawih.

Jom tonton video…

link sumber; Abe Zam

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*