Pelukan ibu bapa merembeskan ‘Hormon Dopaminedari’ dari otak untuk lahirkan rasa CINTA, SAYANG & TENANG…

KLICK.MY

Kenapa saya selalu ingatkan untuk peluk cium anak setiap hari. Anak saya sehingga ke pagi ini setiap kali bangun tidur mesti minta nak dipeluk. Hal ini kerana setiap kali peluk cium anak hormon dopamine akan mula dirembeskan oleh otak yang menyebabkan timbul perasaan cinta, sayang dan tenang apabila bersama mereka.

Bukan itu sahaja, hormon ini membantu kita untuk mengekalkan hubungan yang erat antara anak dengan ibu bapa selamanya. Dalam hal hubungan dengan anak, saya lebih tekankan bapa patut lebih kerap peluk dan cium anak. Ini kerana, hubungan anak dengan ibu sangat erat di alam rahim lagi.

Pada usia 23-30 minggu bayi mulai dengar dengan jelas degupan jantung seorang ibu. Setiap kali ibu bercakap degupan jantung bayi lebih laju dari biasa. Ini menunjukkan bayi tersebut sedang berkomunikasi dengan ibunya.

Sebab itulah dalam islam kita menganjurkan ibu membaca Al-quran, zikir atau amalan-amalan yang boleh didengari oleh bayi ketika di alam rahim. Mudah mudahan apabila dilahirkan nanti bayi rindu akan bunyian tersebut dan memudahkan kita membentuk akhlak mereka.

Jika puan-puan perasan kebanyakkan anak jika sakit, lapar, takut, ada masalah orang pertama yang mereka panggil adalah IBU. Jadi, Para bapa keraplah peluk cium anak. Nabi Muhammad S.A.W selalu peluk dan cium anak-anak dan cucu baginda.

Kerana dengan memeluk hormon Dopamine akan bantu anda untuk lebih rasa sayang cinta dan tenang apabila bersama mereka.

Saya yakin dan percaya, ibu bapa yang pukul anak sehingga ada yang sepak terajang , tengking, sebenarnya mereka kurang peluk cium anak.

Jika tuan puan tak percaya. Cuba peluk cium anak sekarang. Peluk dengan penuh erat. Pasti tuan puan akan rasa sangat TENANG atau satu perasaan yang tidak mampu digambarkan.

Bukan itu sahaja, peluk cium anak mampu hilangkan stres dengan lebih baik. Stres banyak penyumbang kepada pelbagai penyakit.

saya pernah peluk anak sehingga saya tidak sedar air mata mengalir. Sangat tenang, sangat bahagia. Allahu.

Tuan puan, sayangilah mereka. Didiklah mereka untuk cinta Allah dan Rasul lebih dari segalanya. Tegas dalam hal hukum hakam agama. Tegas disulami dengan kasih sayang insyaallah akan lahirkan anak yang soleh solehah. Insyaallah.

sumber; Dr Muhammad Hassan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*