“Dia (polis) yang menyebabkan semua ini berlaku, aku hanya ingin berterima kasih kepadanya kerana telah membawaku kepada Allah”

New Zealand Herald

Sudah genap 2 bulan insiden berdarah yang berlaku di dua masjid di Christchurch, New Zealand. Tragedi yang mengorbankan lima puluh umat Islam itu ternyata menjadi salah satu ingatan pahit yang akan terpahat di sanubari. Benar meruntun hati apabila kejadian penembakan itu turut mencederakan puluhan jemaah lain yang sedang bersedia untuk menunaikan solat jumaat.

Berikutan insiden terbabit, masyarakat dunia ‘bersatu’ mengkritik tindakan berkenaan. Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arden antara yang paling lantang bersuara mempertahankan mangsa yang terlibat. Beliau turut menjentik hati warga di bawah pimpinannya untuk memakai hijab sebagai tanda soladiriti terhadap mereka yang terkorban.

Maka ramailah wanita yang mengenakan hijab untuk menzahirkan rasa simpati mereka. Dapat dilihat ketika itu, banyak gambar-gambar warga Australia terutamanya New Zealand memakai selendang berlegar di media sosial. Namun dalam keramaian itu, ada seseorang wanita yang terus nekad untuk tidak menanggalkan terus ‘mahkota’ tersebut.

Gambar : Radiotalk
Gambar : NZ Herald

Ya, dia adalah Megan Lovelady, wanita muda berusia 22 tahun. Seminggu selepas serangan, beliau bersama ribuan wanita lain menghadiri solat jumaat di masjid Christchurch. Ketika sudah berada di halaman masjid, beliau terdengar suara Imam mengalunkan ayat suci Al-Quran. Megan berkata,

Dan dari situlah semuanya bermula, Megan mula mencari tahu mengenai Islam. Satu hari, beliau bertanya kepada seorang pegawai polis tentang cara untuk membantu mangsa-mangsa yang terlibat. Polis itu menjawab, masuk sahaja ke dalam (masjid). Dalam hatinya, Megan berkata, semudah itulah untuk menjejakkan kaki ke dalam masjid.

Sebaik sahaja kaki Megan menjejak masuk ke dalam, beliau terus di sapa dengan panggilan sister (saudari atau saudara perempuan). Megan menceritakan semuanya sambil menangis.

“Dia (polis) yang menyebabkan semua ini berlaku, aku hanya ingin berterima kasih kepadanya kerana telah membawaku kepada Allah”

Gambar : NZ Herald

Tatkala ‘cahaya’ itu sampai, Megan memutuskan untuk memelukkan agama Islam. Megan melafazkan syahadah pertamanya dalam bahawa Arab dan diiikuti dengan Bahasa Inggeris.

“Aku bersaksi bahawa tiada tuhan (yang sebenar) melainkan Allah, dan aku juga bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah utusan Allah (Rasulullah).”

Ketika ditanya apakah semudah itu masuk Islam? 

Megan menjawab,

“Ya, Allah akan tahu jika engkau tidak ikhlas dan ini tentang apa yang ada di hatimu juga. Ini adalah soal hubungan peribadimu dengan Allah.”

Menariknya, terdapat dua orang lagi yang turut melafazkan syahadah bersama Megan iaitu seorang penagih dadah dan seorang gelandangan. Sesungguhnya hikmah Allah itu luas, Islam sentiasa menerima sesiapa pun dengan hati yang terbuka.

Sumber : New Zealand Herald via Siakap Keli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*