[VIDEO] Catatan SEB4K SPJ; “Syafie, pergilah nak, mak redha, mak halalkan setiap titis susu, mak ampunkan segala d0sa kamu…”

Muhammad Rafieudin Zainal Rasid

“Jam 3:30 pagi, kami baru sampai ke rumah masing-masing setelah melalui perjalanan 496 kilometer pergi-balik dari KL ke Peserai, Batu Pahat, Johor menghantar satu jen@zah remaja lelaki berusia 18 tahun yang maut akibat kemal@ngan jalan raya. Ayahnya memaklumkan kepada kami, anaknya itu nombor dua dari enam beradik baru saja mendapat pekerjaan di Ibu Kota dan hari ini (Selasa) sepatutnya merupakan hari pertama dia mula bekerja di situ.

Namun mus1bah menimpa dirinya apabila motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kem@langan dengan sebuah lori ketika dalam perjalanan ke tempat kerja dari rumahnya di Semenyih. Dia men1nggal dunia di tempat kejadian. Dari raut wajah ayahnya kelihatan sangat tenang dan sesekali mampu untuk tersenyum kecil seolah dia dapat menerima berita kemat1an anak lelakinya itu dengan redha.

Berbeza watak dengan si ibu yang semenjak dari awal saya bertemu dengannya tidak henti-henti mengalirkan air mata seolah mahu dihabiskan seluruh titisan air matanya itu untuk menerima kenyataan bahawa anak yang baru dilepaskan pergi dari rumah pagi itu telah pergi buat selamanya.

Berhamburan air mata si ibu…

Sewaktu proses pengecaman mayat dibuat setelah selesai urusan bedah siasat, orang pertama yang menerpa masuk ke bilik may@t adalah si ibu. Melihat sekujur tubuh yang diselimuti sehelai kain putih, si ibu mengg1gil membuka helaian kain yang menutup wajah si anak. Berhamburan air mata si ibu saat menatap wajah anaknya yang sudah tidak bernyawa itu.

Perlahan si ibu mula bersuara membisikkan sesuatu di telinga jasad anaknya itu;

“Syafie, pergilah nak.. mak redha.. mak halalkan setiap titisan susu mak yang ada dalam badan kamu. mak ampunkan segala d0sa kamu…”

Setiap kali berhadapan dengan situasi sebegini, pasti saya segera memalingkan wajah menahan perasaan yang sed1h ini. Jujur saya katakan, terlibat dalam urusan kemat1an bukan suatu perkara yang sukar, namun saat berhadapan dengan situasi yang memilukan sebegini, menjadi sukar bagi saya membendung emosi sendiri. Alhamdulillah semampunya dapat dikawal, cuma sesekali mengalir juga air mata ini tanpa dipinta..

Si Ayah bercerita, ketika anaknya ini hendak mula bekerja di Ibu Kota, ibunya seolah berat hati hendak melepaskannya pergi. Bagai ada suatu perasaan yang tidak tahu hendak ditafsirkan ketika itu. Ayahnya akui arw@h anaknya itu seorang yang berdikari dan tidak suka membuang masa. Seusai saja menduduki SPM, dia terus mencari kerja di luar.

Kami sampai ke kampungnya di Peserai saat azan Maghrib mula berkumandang. Jenazah dibawa naik ke atas rumahnya sementara menunggu urusan solat jen@zah seusai solat Isyak dan pengebum1annya. Alhamdulillah, masyarakat di kampung ini hadir menziarahi keluarga arw@h tidak putus-putus dan ramai yang mengiringi jen@zah ke tanah perkubburan untuk mengebum1kannya.

Airmata si ayah mengalir…

Saat hendak melepaskan keranda anaknya ke dalam tanah, barulah kelihatan air mata si ayah mula mengalir tenang. Suaranya ketika berbicara pun mula berubah sebak. Sifat unik orang lelaki, selagi boleh tahan dia pasti akan menahan namun ketika perasaan sudah sampai ke kemuncak, tiada lagi yang mampu menahan titisan air mata tanda luahan perasaan yang sekian lama dibendung dalam jiwa.

Si Ibu pula berkali-kali meminta izin untuk menatap wajah anak kesayangannya itu sehinggalah di tepi liang kubor pun masih mahu melihat wajah anaknya itu. Begitulah kasih dan luhurnya seorang ibu yang telah mengandungkan kita di dalam perutnya dan membesarkan kita dengan susunya, namun terpaksa menerima ketentuan takdir sebegini.

Seusai mengebumikan jen@zah, kelihatan si ibulah orang terakhir yang meninggalkan jejak di pusara anaknya itu. Begitu kuat kasih sayang seorang ibu pada anaknya. Sungguh, kasih ibu membawa ke Syurga. Duhai anak muda, hargailah ibu ayahmu selagi mereka masih ada. Mohonlah doa dan keampunan selalu dari mereka. Sesungguhnya Syurga kita ada pada keredhaan mereka.

Kemat1an itu suatu rahsia Sang Rabb. Kita tidak dapat menduga bilakah ia akan menyapa kita. Syarat mat1 bukanlah usia tua dan tahap kesihatan yang kurang, kerana begitu ramai orang muda dan sihat yang telah pergi dahulu tanpa siapapun menyangka ia boleh terjadi.

sumber; Muhammad Rafieudin Zainal Rasid

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*