(Video) Subhanallah. Kisah Surat Umar al-Khattab kepada Sungai Nil – Ustaz Abdul Somad

RYM - Red Yellow Media

Sepanjang Amirul Mukminin Umar bin Al Khattab R.A menjadi khalifah selama 10 tahun, ada kisah-kisah yang tidak hanya sebatas penaklukan dan kebijaksaannya dalam pemerintahan hingga menjadikan Khilafah Islam menjadi gemilang.

Ada kisah-kisah yang Allah berikan atau kurniakan secara khusus karamah-karamah kepada Umar bin Khattab R.A.

Antaranya yang sering kita dengar ialah mengenai kisah Umar bin Al Khattab R.A menulis surat kepada Sungai Nil di Mesir.

Kisah ini ada terdapat dalam kitab Tarikh Khulafa’ karangan Imam As-Suyuthi Rahimahullah Ta’ala.

Setelah Mesir dibuka, maka penduduk Mesir ini telah datang berjumpa dengan Amru bin Al Ash R.A yang merupakan Gabenor Mesir yang telah dilantik oleh Umar bin Al Khattab R.A.

Mereka itu berkata, “Wahai Tuan Gabenor, sebenarnya Sungai Nil kami ini kebiasaannya tidak akan mengalir kecuali dengan satu tradisi kebiasaan.

Amru bin Al-Ash R.A bertanya: “tradisi apakah itu?”

Jawab mereka :

“Jika masuk malam ke sebelas, dalam bulan ini, kami akan mencari seorang gadis perawan sulung, dengan mengambilnya dari rumah ibubapanya. Lalu kami memohon kedua orang tuanya untuk memberikan anak gadis mereka itu kepada kami dengan sukarela. Kami hiasi gadis perawan itu dengan baju dan hiasan yang paling indah, kemudian kami lemparkan dia ke Sungai Nil ini”.

Kata Amru bin Al-Ash R.A

Amalan ini tidak akan dilakukan dalam Islam. Kerana sesungguhnya Islam menghapuskan semua tradisi kepercayaan karut”.

Lalu penduduk Mesir itu mengikuti apa yang dikatakan oleh Amru bin Al-Ash R.A.

Ternyata sungai Nil itu mulai surut dan kering serta tidak mengalirkan air sedikit pun. Hingga kebanyakan penduduk merancang untuk berpindah ke tempat lain. Kerana air tak sampai ke kebun mereka.

Apabila Amru bin Al-Ash melihat keadaan gawat ini berlaku, maka beliau pun menulis surat kepada Umar bin Al-Khattab R.A, menceritakan apa yang telah berlaku.

Lantas Umar bin Al Khattab R.A pun membalas dengan menulis surat kepadanya, bagi menjawab persoalan yang sedang beliau hadapi.

Kata Umar Al Khattab dalam suratnya :
“Apa yang kamu lakukan itu betul, kerana Islam sememangnya meruntuhkan tradisi karut yang sebelumnya”.

Bersama dengan jawapan tadi, disertakan sekeping surat lain di dalamnya. Di mana Umar bin Al Khattab meminta surat itu dicampakkan ke dalam sungai Nil.

Bila Amru bin Al-Ash membuka surat berkenaan, surat itu bertulis :

“Daripada hamba Allah, Amirul Mukminin Umar bin Al-Khattab kepada sungai Nil negeri Mesir. Ada pun sekiranya dulu kau mengalir dengan diri kau sendiri, maka pada hari ini tak usah kau mengalir lagi. Tapi sekiranya Allah yang mengalirkan kamu, maka aku memohon dari Allah Yang Maha Esa dan Perkasa, supaya mengalirkan kamu”.

Lalu Amru bin Al-Ash R.A pun mencampakkan surat tersebut ke dalam sungai Nil.

Keesokan harinya, penduduk Mesir mendapati air sungai Nil itu naik hingga 16 hasta, dalam tempoh 1 malam sahaja.

Maka dengan itu, terhapuslah tradisi buruk yang menjadi amalan penduduk Mesir hingga ke hari ini.

Wallahulam.

Saksikan video…

sumber; RYM – Red Yellow Media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*