Sebelum ni kita tahu IPTA & IPTS je kan? Sekarang dah ada IPTT pertama di Malaysia!

Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan - IKDAR

Orang Perak wajib bangga. Siapa sangka dekat Taiping ada Institusi Pengajian Tinggi Tahfiz yang pertama di Malaysia.

Sebelum ni kita tahu IPTA & IPTS je kan?

Sekarang dah ada IPTT pertama di Malaysia.

Institut Ikdar berlokasi di Kg Jambu ni, ialah institusi khas pertama utk lepasan tahfiz yang nak sambung diploma (shortfom IPTT).

Lepasan tahfiz & pondok lelaki baik perempuan, boleh cuba apply untuk masuk ke sini. Insya Allah tak rugi.

Kalau lalu Kg Jambu nampak tersergam bangunan biru muda yang besar siap ada kubah, itu lah Ikdar.

Besar kan? Sebab siap ada asrama, lif, dan dewan kuliah berhawa dingin. Serba lengkap macam instutusi ternama lain.

Minta maaf la kalau ada yg terasa,

Selama ni kerap kita dengar dicanang sana-sini lepasan tahfiz tak punya masa depan. Susah nak sambung belajar.

Kalau ada yang sambung ke luar negara pun, balik nanti pasti ada masalah sijil tak diiktiraf. Kan?

Ye, masa depan mmg urusan Tuhan. Tapi sebagai khalifah, takkan kita sekadar berdiam diri sahaja?

Sebab tu kami respek pihak-pihak yang bertungkus lumus korban kan masa & wang demi wujudkan Institut Ikdar dekat Perak ni.

Kalau tengok dari saiz bangunan Ikdar saja, kami jamin lebih 5 angka sebulan perlu dibelanja utk sewaan & maintenance sahaja.

Jelas ada nya pihak-pihak yang serius laburkan wang dan masa untuk bangun dan naikkan lepasan tahfiz & pondok di Malaysia ini walaupun mereka sendiri mungkin rugi. (moga ada balasan pahala di akhirat utk mereka)

Kami respek,

Sebab kami tahu bukan senang nak wujudkan institut dengan program yg diiktiraf. Macam-macam kerja kena buat. Macam-macam org kena jumpa.

Impaknya, sijil graduasi di Institusi Ikdar ni insyaAllah sama laku macam sijil-sijil dari institusi lain.

Dengan izin Allah, kami yakin kelak lepasan-lepasan tahfiz yg graduate dari institut Ikdar ini mampu jadi guru-guru tahfiz dan juga policy maker yg akan tegakkan syariat agama.

Aminn…

Page Ikdar => Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan – IKDAR

 (Mohon like page Ikdar tanda kita support usaha dan penat lelah mereka)

Image may contain: text

PINJAM 3 SAAT ANDA BOLEH?

Sebagai tanda kita hormati usaha mereka yg dah berhempas-pulas jaya kan institut sebagus ini,

Sama-sama lah kita sebar & panjang kan post ini di fesbuk dan group wasap. Dengan izin Allah, mana tahu usaha kecil kita hari ini mampu beri impak besar kepada lepasan tahfiz & pondok di Malaysia.

sumber; Institut Kemahiran Islam Darul Ridzuan – IKDAR

kredit; PAS KGM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*