UNBELIEVABLE! Layanan eksklusif masyarakat Turki pada 10 Ramadhan terakhir

Dunia Travel

Dalam mengejar malam lailatulqadar, ternyata lebih menyerlahkan sifat mulia yang dimiliki masyarakat Turki. Sifat “layanan mesra kepada tetamu” yang dipanggil misafirperverlik dalam masyarakat Turki ini tiada bandingannya.

Kali ini penulis berasa terpanggil untuk mengetengahkan sifat menyantuni tetamu ini dalam usaha menyediakan kemudahan yang selesa bagi setiap pengunjung masjid yang berhasrat untuk beriktikaf

Seperti di Malaysia juga, kebanyakan masjid di Turki amat mengalu-alukan masyarakat untuk beriktikaf pada 10 malam terakhir ini. Penulis amat memuji inisiatif sebuah masjid yang berada di Sakarya (kawasan luar Istanbul) di mana kemudahan seperti tilam, bantal dan selimut disediakan bagi kegunaan pengunjung masjid demi memastikan keselesaan mereka. Ini telah membuktikan bahawa sifat menyantuni tetamu dalam diri masyarakat Turki amat sebati dalam jiwa mereka

Disamping memastikan keselesaan bagi pengunjung masjid, hal seperti kebersihan juga sudah pasti terjamin. Seiring dengan sifat mereka yang amat mementingkan kebersihan, maka sudah pasti setiap kemudahan yang disediakan berada dalam kondisi yang baik, digunakan dengan baik dan ditinggalkan dalam keadaan yang baik. Itulah sifat mereka yang harus dicontohi oleh setiap masyarakat yang jelas telah diajar dalam Islam

Melihat segalanya dengan hati yang bersih tanpa mengharapkan pujian sesama manusia. Semoga dipertemukan dengan malam lailatulqadar.

Ramadhan kareem!
By N.Yatt 

Link sumber; Dunia Travel

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*