Mengapa Takbir Raya Sebut Per@ng Ahzab?

Dr Ahmad Sanusi

1. Sedar atau tidak, dalam lafaz takbir raya kita sering diingatkan tentang peristiwa Per@ng Ahzab. Peristiwa ini termaktub di dalam lafaz:

صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ

“Allah telah membenarkan janjinya, membantu hambanya, dan mengalahkan pakatan al-Ahzab dengan sendirinya.” (HR Muslim)

2. Menurut al-Imam al-Nawawi, perkataan Ahzab di dalam lafaz takbir ini merujuk kepada Per@ng Khandaq atau dikenali juga dengan Per@ng Ahzab. Kata al-Nawawi:

والمراد بالأحزاب الذين اجتمعوا يوم الخندق وتحزبوا على رسول الله

“Dan yang dimaksudkan dengan al-Ahzab (di dalam lafaz ini) adalah mereka yang berpakat di dalam Per@ng Khandaq untuk memer@ngi Rasulullah.” (al-Nawawi, Sharh Muslim).

3. Jadi, mengapa Takbir Raya ini mengingatkan kita tentang Per@ng Ahzab ini? 
Perang Ahzab berlaku ketika ser@ngan orang kafir itu datang dari segenap pelusuk untuk mengh@puskan perjuangan Islam. Firman Allah:

إِذْ جَاءُوكُم مِّن فَوْقِكُمْ وَمِنْ أَسْفَلَ مِنكُمْ

“Dan ketika mereka datang dari atas dan bawah kamu.” (al-Ahzab: 10)

4. Bererti Per@ng Ahzab ini mengingatkan kepada kita tentang situasi yang sangat genting yang pernah dihadapi oleh Rasulullah serta para pejuang Islam. Peringatan ini kekal sehingga hari ini.

Hari ini umat Islam ditekan dan diasak dari atas dan bawah. Tekanan berlaku dalam bentuk fizikal (seperti peperangan ke atas umat Islam) begitu juga tekanan mental dari aspek serangan ideologi seperti L1beralisme, plural1sme dan sekular1sme.

5. Ketika asakan serta tekanan dikenakan ke atas kaum Muslim dalam Per@ng Ahzab, kumpulan Munaf1q pula datang menimbulkan keraguan dari dalam. Perkara ini direkodkan oleh Allah dalam firmannya:

وَإِذْ قَالَتْ طَائِفَةٌ مِنْهُمْ يَا أَهْلَ يَثْرِبَ لا مُقَامَ لَكُمْ فَارْجِعُوا

Dan juga masa itulah golongan Munaf1q antara mereka berkata: “Wahai penduduk Yathrib, tempat ini bukan tempat bagi kamu (untuk berjuang di sini), oleh itu baliklah”. (al-Ahzab: 13)

6. Ayat ini mengingatkan kita bagaimana kumpulan Munaf1q ini datang untuk meragukan kaum Muslimin tentang perjuangan mereka, malah men@kutkan Muslim tentang ancaman serta risiko yang bakal dikenakan kepada mereka.

Begitulah juga yang berlaku hari ini, terdapat kumpulan Muslim yang meragukan kefahaman tentang Islam, mereka mencampur-adukkan fahaman L1beralisme dan plural1sme ke dalam pemikiran Muslim.

7. Bukan sahaja Takbir ini mengingatkan kita tentang kesusahan perjuangan Rasulullah membawa Tauhid, ia juga adalah ikrar kita untuk memer@ngi kekufuran sekalipun dibenc1 oleh orang kaf1r. Ia termaktub dalam lafaz:

وَلَا نَعْبُدُ إلَّا اياه مُخْلِصِينَ له الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ

“dan kami tidak menyembah selain Allah, dalam keadaan ikhlas dan bagiNya adalah agama (kami patuh ajaran agama), sekalipun dibenc1oleh orang kaf1r.”

8. Anehnya hari ini, terdapat di kalangan kita yang lebih menjaga hati si kaf1r berbanding menjaga hak Allah. Mereka lebih lunak bersama orang kaf1r namun bersikap keras tehadap saudara Muslim.

Sedarlah kita bahawa inilah takbir yang kita ikrarkan setiap hari perayaan. Orang beriman tidak bimbang dibenc1 kaf1r ketika berjuang meletakkan Islam yang tertinggi.

Semoga Allah membimbing kita semua.

Sumber; Dr Ahmad Sanusi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*