Subhanallah, beliau tidak pernah menyesal lafaz SYAHADAH biarpun dicerai suami…

‎Alfonso Albukhary‎

Walaupun diceraikan suami selepas mengambil keputusan memeluk Islam, namun saya tidak menyesali tindakan itu kerana ketenangan yang diperoleh luar biasa” kata Nur Amalina Ong Abdullah, 42. Beliau yang nama sebenarnya Ong Po Swan berkata, sudah 10 tahun dia memendam impian untuk memeluk Islam dan tanggal 26 Februari lalu, dia ditemani rakan baiknya pergi ke Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) untuk melafazkan dua kalimah syahadah.

Katanya, dia bersyukur dan teruja kerana tahun ini buat pertama kalinya menjalani ibadat puasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama rakan muslim yang lain. “Lebih menggembirakan lagi, dua abang saya juga memeluk Islam sejak beberapa tahun lalu dan masing-masing sudah mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hati mereka.

“Empat anak juga tinggal bersama dengan saya selepas berpisah dengan bekas suami sejak Mac lalu turut merayakan Aidilfitri walaupun kami berlainan agama,” katanya ketika ditemui di Galof Cafe di Tumpat. Apabila ditanya mengenai minatnya terhadap Islam, Nur Amalina memberitahu ketika berada di Tahun Satu hingga Enam dia sanggup ponteng kelas Pendidikan Moral hanya semata-mata untuk mengikuti kelas Pendidikan Islam.

“Dalam kelas Pendidikan Islam, ustaz banyak mengajar mengenai kisah nabi dan ini secara tidak langsung membuatkan minat saya untuk lebih mengenali Islam semakin memuncak. “Ketika tinggal di asrama semasa berada di Tingkatan Empat dan Lima, saya selalu mengikuti kawan menunaikan solat berjemaah di surau sekolah, namun hanya berada di bahagian belakang dan memerhati sahaja gerak-geri mereka,” katanya.

Sumber; Alfonso Albukhary 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*