Terkini dari London; Ramai yang tertanya-tanya bila adik Ainul akan diBED4H, ini jawapan ayahnya…

Ahmad Safiuddin

3 Syawal 1440H
6 Jun 19 | Khamis

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Harap hari raya anda semua tahun ini lebih bermakna 😊 kami di sini mendoakan semoga anda semua sentiasa dalam rahmatNya

Baik, ramai yang tertanya-tanya, bilakah ainul akan dibed@h?

Pertamanya, saya dan isteri berharap kita semua dapat bersabar dan bantu kami dalam mendoakan ainul. 

Ainul confirm akan dibed@h tidak lama lagi, cuma sekarang ini mereka di sini mahu ainul besar dan kuat sikit dahulu. MRI pun dah buat, doktor doktor pakar pun telah berbincang dan setelah mereka teliti keadaan ainul dan bincang kaedahnya, mereka sebulat suara menjawab;

” YA, Ainul akan dibedah “

Cuma sekarang, Mereka mahu ainul betul betul ready sebelum menjalani pembed@han secara besar besaran kerana masa pembedahan yang agak panjang. 

Sebelum OP, macam macam perkara mereka perlu teliti kerana OP kali ini terlalu be1siko untuk ainul. Very h1gh r1sk kata doktor. 

InshaAllah, Allah itu sentiasa ada. DIA tu ada dengan ainul, kami dan kita semua. 

Allah yang gerakkan hati manusia. ilmu perubatan adalah ilmu dari Allah, dan kami sangat yakin, bila tiba hari itu nanti, Allah pasti akan turunkan bantuannya bersama. 

Kami yakin dengan Allah, ketika di dewan bed@h itu nanti, akan penuh dengan malaikat yang menjaga ainul dan Allah akan berikan ilham kepada dr yang merawatnya.

Allah akan kata ketika itu; 
” Dah tiba masanya AKU tunjukkan kebesaran dan kasih sayangKu kepada engkau, dan rezeki anak sihat dengan penuh rahmatKu “

InshaAllah! TIADA YANG MUSTAHIL BAGI ALLAH SWT

Sekali lagi, kami walid dan mama Ainul mohon doa dari kalian semua buat puteri sulung kami ini. Mudah-mudahan berlakunya keajaiban Tuhan. Dan mudah-mudahan Ainul selamat dari OP tanpa ada sebarang komplikasi.

TERIMA KASIH RAKYAT MALAYSIA.

P/s : Maaf jika dah lama saya tak update condition ainul dan tak dapat membalas whatapp kalian semua.

Sumber; Ahmad Safiuddin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*