Mahukah anda dibayar GAJI setahun walaupun cuma bekerja 6 hari sahaja?

FB

Wahai anakku.
Seandainya majikan memberi tahu pekerjanya, sesiapa yang bekerja selama enam hari dalam bulan ini, maka ia akan dibayar gaji selama setahun. Apakah akan ada pekerjanya yang tidak bekerja? Jawapannya tentu TIDAK, sekalipun ada yang sedang sakit, akan berusaha aedaya mungkin untuk bekerja.

Demikianlah wahai anakku. 
Bilamana Allah menawarkan ganjaran puasa sunat syawal selama enam hari, akan diganjari pahala puasa selama setahun. Namun kenapakah masih ada dikalangan kita yang mengabaikannya.

Apakah mereka lebih yakin janji majikan dari janji Allah. Tentunya tidak. Namun mereka lebih nampak ganjaran harta yang jelas nampak di mata, berbanding pahala yang tidak nampak.

Wahai anakku.
Orang beriman melihat dengan matahatinya selain dari mata zahirnya. Maka ia nampak apa yang tidak dilihat oleh mata zahir. Oleh itu jangan kamu abaikan puasa sunat syawal itu. Berpuasalah kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah. Nescaya kamu akan mendapati Allah sentiasa memeliharamu dan merahmatimu.

Senyum selalu- Ia akan menceriakan hidupmu.

Sumber; Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*