Dr Zubaidi – Maklumat salah yang biasa kita dengar tentang pemakanan

Dr Zubaidi Hj Ahmad

1. Jika kita tidak ambil gula dalam makanan dan minuman, kita akan jadi lemah. Pada hal glukos hanya membekalkan 4kCal sementara lemak membekalkan 9kCal. Sebab itu sepatutnya orang berpuasa lebih bertenaga sebab bila kita tak ambil gula, lemak dalam tubuh akan digunakan. Oleh kerana ketika berpuasa kita tidak cukup minum air, itu yang buatkan kita lemah. Bukan sebab tak cukup ambil gula.

2. Bila sebut lemak, kita kaitkan dengan kolestrol dan beranggapan semua lemak itu berbahaya. Padahal ada lemak sihat seperti minyak zaitun, buah zaitun dan avocado yang memberikan gabungan lemak mono dan poly unsaturated fat. Ia baik menurunkan kolesterol jahat dan meningkatkan kolestrol baik.

3. Kita gagal membezakan refined carbo dan complex carbo. Kita anggap kedua2nya sama. Refined carbo mempunyai nilai Glisemik Index yg tinggi, sementara complex carbo mempunyai nilai Glisemik yang rendah. Nilai glisemik yang tinggi boleh menyebabkan keradangan yang kronik dalam tubuh dan menyebabkan penyakit kronik seperti diabetis, gout, hypertension dan lain-lain.

4. Jika kita tidak makan dalam masa 6-8 jam, apatah lagi 14-16 jam, ia berbahaya. Sedangkan kita berpuasa setiap tahun selama sebulan selama 14-16 jam sejak berpuluh tahun lalu. Semakin kita menjarakkan waktu makan, selamakin kita bertambah sihat. Ini dibuktikan oleh Pemenang Nobel Prize 2016 Prof Yushinori Ohsumi yang menerangkan konsep “autophagy” bila kita berpuasa.

5. Kita mahu mengamalkan pemakanan sunnah, tapi kita masih berada dalam sistem pemakanan yg salah. Jadi kita umpama mengambil daging segar dalam kuah yang basi. Tidak memberikan impak yang terbaik.

Sumber; Dr Zubaidi Hj Ahmad

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*