Kekurangan mineral boleh sebabkan rasa KEBAS

Dr Zubaidi Hj Ahmad

Kekurangan mineral seperti kalsium, kalium, natrium atau di dalam badan boleh menyebabkan rasa kebas. Isyarat yang dibawa oleh saraf dihantar memerlukan mineral sodium (natrium), potassium (kalium) dan kasium. Apabila seorang individu ini tidak cukup tahap mineral-mineral tersebut dalam tubuh, ia akan menyebabkan isyarat yang dibawa ditafsirkan secara rambang. Ini menyebabkan sentuhan yang ringan pada kulit, menyebabkan otak kita menerima isyarat yang dibawa sebagai rasa mencucuk-cucuk.

Seorang pesak1t ada berjumpa saya kerana mengadu hujung jari tangannya agak kebas. Setiap kali tersentuh kain pakaiannya beliau akan merasa seperti dicucuk jarum. Pemeriksaan dar@h bagi menguji tahap mineral menunjukkan beliau mengalami kekurangan mineral potassium, akibat ginjalnya tidak berfungsi dengan baik.

Apabila ginjal bermasalah, penyerapan semula mineral ini dari air kenc1ng tidak berjalan dengan lancar. Banyak mineral tidak dapat diserap semula dan keluar melalui air kenc1ng. Ini menyebabkan kandungan mineral tersebut dalam tubuh menjadi rendah.

Jika pesak1t tidak mengambil makanan yang mengandungi banyak mineral, atau mineral secukupnya atau tidak mengambil suplemen mineral yang dibekalkan oleh doctor, pesak1t akan mengalami rasa kebas, terutama di bahagian hujung jari kaki dan tangan. Wallahu a’lam.

Sumber; Dr Zubaidi Hj Ahmad

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*