Sahabat Rasulullah ﷺ yang masih memiliki aset hartanah di bumi Madinah

Islamic Information

Masya Allah, walaupun beliau sudah pergi mengadap Ilahi lebih dari seribu tahu dahulu namun seorang sahabat Rasulullah ﷺ , Sayyidina Uthman bin Affan masih lagi memiliki aset hartanah di bumi Madinah Al-Munawwarah.

Terkini, sebuah hotel telah dibina di sebidang tanah yang dimiliki oleh beliau. Dan hotel tersebut telah diberi nama sempena nama beliau.

Segala keuntungan yang diperolehi akan disalurkan untuk kerja-kerja kebajikan.

Subhanallah, alangkah beruntungnya beliau kerana pahala kebajikan masih tetap mengalir berterusan dengan ‘volume’ yang besar walaupun beliau sudah berada di alam sana.

Sungguh, beliau telah menyahut seruan daripaada sabdaan Rasulullah ﷺ ;

سَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ ، إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَه

 Terjemahannya: Apabila manusia meninggal dunia terputuslah pahala amalannya kecuali daripada tiga sumber: Sedekah yang berterusan faedahnya, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang berdoa kepadanya.”

(HR Muslim, bilangan (3092) daripada Abu Hurairah).

Sumber; Islamic Information

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*