Transformasi Shahmi Aiman; dari seorang budak nakal kepada Al-Hafiz Terbilang…

ewarta.mara.gov.my

Anda masih ingat lagi dengan Shahmi Aiman, anak ke-3 YB Hj Saiful yang menempa nama bila mengalunkan bacaan Al-Quran di Univ of Canterbury, NZ selepas peristiwa berd@rah di Masjid Al-Noor?

Ini kisah terbaru dari laman ewarta.mara.gov.my yang yang sangat menarik tentang beliau…

Transformasi Al Hafiz Nakal

Terengganu, 17 Jun 2019 – Apabila yang paling nakal boleh berubah menjadi seorang Al hafiz terbilang, maka terbukti lah Al Quran berupaya membentuk sahsiah diri dan keperibadian seseorang menjadi modal insan unggul.

Shahmi Aiman Saiful Adli 21, akui ketika berada di menengah rendah, beliau suka ponteng kelas dan ‘fly’ keluar dari maktab tanpa kebenaran sehingga menimbulkan kekecohan. Pengalamannya selama 5 tahun menghafaz Al Quran di MRSM Ulul Albab Kota Putra berjaya mendidik beliau menjadi seorang yang beradab, berdisiplin, lebih matang dan sentiasa berpegang teguh  kepada ajaran agama.

“Dulu saya memang pernah nakal, selalu cari helah untuk buat sesuatu di luar jangkaan”

“Namun ustaz dan ustazah tidak pernah pilih kasih bahkan saya selalu diberi nasihat dan suntikan semangat supaya berubah ke arah kebaikan, tidak berputus asa dan perlu bangkit sekiranya jatuh,” ujar Shahmi yang merupakan bekas Presiden Badan Wakil Pelajar MRSM tersebut.

Menurut Shahmi, transformasi ini adalah berkat usaha murabbi yang tidak pernah mengenal lelah mendidik dan melatih beliau menghafaz Al Quran.

Ditanya siapa murabbi contoh pilihannya, Shahmi menjelaskan beliau amat kagum dengan Ustaz Muhammad Pakhruddin  Mahmud yang merupakan guru tasmiknya serta selalu mengingatkan beliau untuk selalu bermurajaah dan sentiasa mengangkat Al Quran sebagai pedoman hidup.

“Ustaz seorang yang baik hati, penyayang dan komited sehingga kan bait-bait nasihatnya amat mendalam dan menyentuh kalbu,” tambah Shahmi.

Guru tasmik bukan sahaja mendengar pelajar membaca ayat hafazan, tetapi membantu dalam pembentukan sahsiah, adab dan jati diri dalam membentuk kemenjadian pelajar dalam menempuh cabaran industri 4.0.

Beliau yang merupakan pelajar tajaan MARA, kini sedang menyambung pengajian dalam bidang perakaunan di University of Canterbury New Zealand. Shahmi mendapat kepercayaan daripada komuniti setempat untuk menyampaikan ayat-ayat suci Al Quran dan menyampaikan tazkirah di Masjid Christchurch.

Anak muda ini juga dipilih menjadi imam terawih di masjid tersebut dan turut menjadi guru tajwid serta membimbing usrah antarabangsa.

Trobek bacaan Al-Quran yang viral di media sosial sedikit masa dulu…

kredit video; MF J

Sumber; ewarta.mara.gov.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*