Nasi Lemak RM 1.00 dan nilai sebuah KEJUJURAN

Irsyad Hadi Zainal

Hari ini viral 1 nota yang ditulis oleh seorang lelaki di media sosial berkenaan nasi lemak…

Walaupun nilai nasi lemak itu cuma RM 1.00 namun ianya tetap dikira tidak HALAL jika sipemakannya dengan sengaja membayar harga kuang daripada sepatutnya. Dalam kes ini, seorang lelaki dari Tampin, N. Sembilan mungkin secara tidak sengaja ataupun mungkin baru menyedari bahawa bayaran tersebut telah terkurang daripada yang sepatutnya dibayar.

Beliau kemudian telah membuat bayaran RM 1.00 yang terkurang tersebut bersama sekeping nota. Wow! bukan senang nak cari seseorang yang jujur seperti ni sekarang… Memandangkan tarikh nota tu 7/7/2019 iaitu selepas bulan puasa maka, mungkin juga, keberkatan puasa yang dilaluinya memberi kesedaran bahawa rezeki yang masuk ke perut dari sumber haram adalah berdosa.

Mari kita hayati sabdaan Nabi SAW bermaksud:

Daripada Ibn Abbas melalui al-Awsat dengan lafaznya, beliau berkata: “Ayat al-Quran ini (al-Baqarah, ayat 168) dibaca oleh Nabi Muhammad SAW, “Wahai manusia, makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik” Lalu Sa’ad Abi Waqqas bangun dan berkata: “Wahai Rasulullah tolonglah berdoa kepada Allah SWT dan pintalah agar doa aku ini diterima.

Maka, Baginda pun menjawab: “Wahai Sa’ad, bersihkanlah makananmu dan percayalah doamu akan diterima oleh Allah SWT. Sesungguhnya jiwa Muhammad di tangan-Nya, seorang hamba yang makanannya daripada sesuap benda yang har@m ke dalam perutnya. Sesungguhnya Allah tidak akan memakbulkan doanya selama 40 hari dan setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang har@m dan riba, maka api ner@kalah yang layak baginya”. (Riwayat al-Tabrani)

Akhir sekali, admin ingin berpesan kepada diri sendiri dan kepada semua bahawa jangan pernah pandang remeh sesuatu kebaikan itu, kita tidak pernah tahu amalan yang mana satu yang mampu membawa kita ke pintu JANNAH…

Kredit foto; Irsyad Hadi Zainal

Sumber Islamik Media

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*