Dr Zubaidi Hj Ahmad – Manfaat Epal Hijau untuk turunkan berat badan

Dr Zubaidi Hj Ahmad

Mengamalkan pengambilan epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan, terutama bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Epal hijau mempunyai pelbagai khasiat kerana kandungi nutrisinya yang tinggi, seperti zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A, vitamin B dan serat yang mudah larut.

Jika memakan epal hijau, kita digalakkan memakan sekali dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya. Bagi mereka yang mempunyai masalah sembel1t atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan.

Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Cuma pesakit gastrik harus berhati-hati dengan epal hijau yang masam. Selain itu epal hijau mempunyai manfaat seperti :

1. Menghalang pembinaan plak kolesterol dalam dinding salur darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

2. Membantu kesihatan menguatkan fungsi paru-paru.

3. Menguatkan tulang dengan menambah pada mineral pada tulang.

4. Mengekalkan berat badan.

5. Mengurangkan kekerapan mendapat asma.

6. Mengurangkan r1siko mendapat penyak1t bar@h.

Kesimpulannya, epal hijau sangat bagus untuk mengekalkan kesihatan yang baik, cuma harganya agak mahal sedikit berbanding dengan buah-buahan tempatan.

Sumber; Dr Zubaidi Hj Ahmad

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*