Isu Ekstradisi Dr. Zak1r Naik; Jawapan KDN di parlimen ini mungkin menyebabkan ada golongan ‘MENGGELUPOR’…

Tribunnews.com/Kamarul Yusoff

Soalan panas Datuk Tuan Ibrahim Bin Tuan Man di Dewan Rakyat pada Hari Selasa, 9 Julai 2019, adalah:

“Minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah pendirian Kerajaan dalam berhadapan desakan Kerajaan India bagi mengekstradisi pendakwah Dr. Zakir Naik”.

Jawapan tegas Kementerian Dalam Negeri pada hari yang sama pula adalah:

“Mengenai permohonan provisional arrest daripada Kerajaan India berdasarkan nota diplomatik pada 29 Disember 2017 dan disusuli permohonan rasmi ekstradisi daripada Kerajaan India pada 19 Januari 2018, terdapat peruntukan dalam Triti Ekstradisi antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Republik India dan Akta Ekstradisi 1992 (Akta 479) yang memperuntukkan Restrictions on return of fugitive criminals termasuk kesalahan yang pemulangannya bersifat politik, tujuan membicarakan, menghukom berdasarkan kesalahan bersifat politik atau dia mungkin terjejas dalam perbicaraannya atau dihukom oleh sebab rasanya, agamanya, kerakyatannya atau fahaman politiknya bagi maksud mendakw@ atau menghukom.”

“Berdasarkan perkara-perkara yang dinyatakan, Malaysia berhak mempertimbangkan untuk tidak memenuhi permintaan ekstradisi tersebut adalah yang bersifat politik seperti dinyatakan Artikel 6 Perenggan (1)(a) Artikel 6 Triti Ekstradisi tanpa menyatakan keperluan sebab penolakan permintaan ekstradisi tersebut. Selain itu, terdapat peruntukan untuk tidak meneruskan proses ekstradisi dengan mengambil kira segala hal keadaan demi kepentingan keadilan jika orang yang dikehendaki tersebut tidak akan mendapat keadilan jika dihantar pulang atau terdapat suatu pen1ndasan atau ancaman nyawa terhadapnya.”

“Di samping itu, Kementerian juga membuat semakan pada senarai red notice Interpol dan dan mendapati nama Zakir Naik tidak tersenarai sebagai orang yang dikehendaki. Semakan pada senarai entiti pengganas dalam senarai United Nation Security Council Resolutions (UNSCR) juga mendapati nama beliau tidak tersenarai orang yang disyak1.”

Sumber; Kamarul Yusoff

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*