Kisah jenaz@h lelaki yang sanggup membujang demi jaga ibu yang uzur

Skuad Pengurusan Jenaz@h - SPJ Malaysia

Disaat Aku membuka tirai wajahnya, aku terperanjat dan tercakap depan mayat ini, “ya allah, muda lagi arwah ni.” . Aku fikir arwah ini men1nggal dalam usia muda. Entah la mata aku rabun dekat ke atau aku tidak boleh agak rupa si mati.

waktu aku maklumkan kepada waris, “bolehlah panggil anak-anak dan isteri arw@h untuk mandikan sekali”. Sekali sedara mara beri tahu arwah tidak berkahwin.. Jadi aku agak terkejut dan terus tengok tag nama di tangan simat1 tertulis usia 52 tahun.

Sepanjang memandikan memang agak ramai sedara mara yang ambil peluang untuk masuk ke kamar mandi bagi melihat dan membantu untuk uruskn si arw@h. Aku adalah bertanya sedikit arw@h duduk dengan siapa, sekali anak buah arw@h maklumkan yang arw@h hidup selama ini menyara dan menjaga ibunya dan tidak berkahwin sebab semata-mata menjaga ibunya yang sudah uzur.

waktu memandikan mandian terakhir, ibunya yang uzur mungkin dalam lingkungan 70 an duduk atas kerusi roda dan ditolak ke perkarangan tab mandi jenaz@h. Apa yang menyedihkan aku bila lihat si ibu yang lumpuh separuh badan dan cuba berdiri sambil dipapah oleh cucunya dan menyiramkan mandian terakhir untuk si arw@h..

Satu sahaja aku nampak dalam peristiwa ini : Tiada Tangisan Airmata Ibu. Yang aku nampak hanyalah senyuman sambil bisikan kepada telinga arw@h..wallahu alam.

Dalam kes ini, aku teringat telemovie Eman Manan yang melakonkan watak sebagai seorang anak yang tidak berkahwin sebab menjaga ibunya sepanjang usianya. Lalu men1nggal dalam keadaan husnul khotimah. Semoga Allah memberikan keluasan buat kubormu dan syurga tertinggi buatmu wahai anak…

Sumber; Skuad Pengurusan Jen@zah – SPJ Malaysia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*