Inilah sebahagian daripada ‘unsung heroes’ Pasir Gudang yang bertugas syif dari 8 pg – 4 pg setiap hari…

Jabatan Alam Sekitar

Di sebalik tabir Operasi Bersepadu di Pasir Gudang

Ramai yang tidak tahu bahawa kebanyakan petugas operasi penguatkuasaan dan pengawasan bertugas di kawasan bencan@ pencemaran t0ksik di Pasir Gudang, Johor bertugas mengikut syif dari jam 8 pagi hingga jam 4 pagi setiap hari.

Walaupun keletihan, tugas dan tanggungjawab yang dipikul menjadi pembakar semangat mereka untuk terus berbakti kepada negara. Mereka inilah golongan yang bertungkus lumus siang dan malam untuk memberi perkhidmatan terbaik buat penduduk yang terlibat.

Susulan 1nsiden pelajar sekolah sesak nafas dan muntah-muntah di sekitar Pasir Gudang sejak 20 Jun 2019, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Kesihatan, Jabatan Kimia Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Keselamatan Pekerjaan, Kesihatan Pekerjaan (DOSH) dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) telah menjalankan operasi bersepadu secara berterusan bagi menangani isu tersebut.

Terima kasih atas doa dan sokongan anda semua kepada mereka.

Sumber; Jabatan Alam Sekitar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*