Bertaubatlah dari guna kuali non stick sebelum terlambat

Dr Hafiz Sulaiman DrRizal Abu Bakar

Susulan sahabat saya Dr Rizal buat post padu mengenai cookware, ramai yang takut sebab memang non stick teflon cookware ni dah digunakan meluas. Jujur..saya sendiri sangat-sangat takut tuan-puan sebab ni barang kegunaan harian. Saya awal dulu bila tau..terus buang semua nonstick dan aluminium cookware kat rumah ..sampai tinggal sebijik je periuk stainless steel.

Kesan alat masak nonstick teflon ni paling saya risau ialah kanser, kerosakan organ buah pinggang, hati dan gangguan hormon tiroid. Aluminium pulak sejenis logam toksik yang rosakkan saraf sebabkan nyanyuk, gangguan imuniti badan dan alahan . Sikit-sikit bila kita panaskan makanan, bahan ni kumpul dalam kawasan berlemak badan kita seperti otak, saraf, organ dan sum-sum tulang. Kesannya kita dapat sakit kronik.

Jadi nak guna alternatif apa yang murah? Cuba yang berikut;

  1. Cookware kaca dan clay antara paling selamat tapi berat dan jika jatuh mudah pecah.
  2. Cast iron bukan pilihan saya sebab iron overload ni boleh sebabkan stres dalaman.
  3. Tembaga pun sama boleh risiko stres dalaman dan copper toxicity.
  4. Stainless steel pilihan murah,lebih tahan dan lebih selamat. Cuma sticky lah ye.
  5. Jika nak non stick..dan ada kemampuan..beli granite atau ceramic..Macam saya awal dulu beli yang “coating” saja..make sure pilih PTFE/PFOA free.. sementara menabung beli yang besar macam belakang tu..fully granite.

Memang rasa berat..sebab tak murah..tapi bayar sekali boleh guna bertahun-tahun..boleh kurangkan risiko bertahun-tahun terdedah bahan toksik. Saya percaya ini antara pelaburan paling berbaloi untuk kesihatan.

Sumber; Dr Hafiz Sulaiman

Kita mungkin tak perasan antara penyumbang toksid kepada makanan ialah peralatan dapur yang kita guna.

Hari ni seronok lain macam. Wok granite coated with ceramic dah sampai. Lama dok cari akhirnya bertemu juga di dunia online. Kita mungkin tak perasan antara penyumbang toksid kepada makanan ialah peralatan dapur yang kita guna. Kita punyalah jaga bab makan minum. Tetapi terlepas bab kuali, periuk dan wok yang kita guna setiap hari.

Selalunya tradisional cookware macam wok, periuk dan kuali diletak teflon coating. Tujuan dia tak nak kasi melekat. Ada jenis cookware dari aluminium dan copper. Semua ini dedahkan kita pada bahaya sebab kemampuannya lepaskan bahan kimia yang dapat mengubah hormon kita.

Saya ni bila nak beli peralatan cookware baharu mesti pening. Yang dijual selalunya non stick cookware. Saya memang akan elak beli non stick cookware sebab bahan kimia macam PFOA dan PTFE. PFOA ni ialah “perfluorooctanoic acid”, sintetik ciptaan yang juga diguna untuk fabrik dan karpet kalis kotor. PFOA akan diserap ke dalam tubuh dan persekitaran kita. Itu yang bahay@nya.

PFOA dikaitkan dengan gangguan kepada sistem endokrin dan risiko kepada k@nser. Bukan itu sahaja. Ada penyak1t lain lagi macam tinggi cholesterol, gangguan pada pundi kencing, kerosakan pada buah pinggang, kanser testicular pada lelaki, kerosakan liver dan darah tinggi.

Itu yang men@kutkan. Macam s1lent k1ller tengah bekerja secara senyap. Kita ingat kita sihat. Tiba tiba diberitahu ada penyakit. PTFE pula ialah for “polytetrafluoroethylene”, sejenis fluoropolymer yang mengandungi karbon dan fluorine. Dia nilah bagi non stick tu. Bahayanya tidak jauh dari PFOA.

Ada yang pilih guna copper cookware. Bahaya pada otak sebab copper toxicity. Jadi nak selamat carilah cookware batu, berlian (haha kalau mampu), marble, Seramic, titanium, dan porcelain. Jenis jenis ini lebih selamat sebab selamat dari coating toksid dari teflon.

Granite cookware lebih selamat sebab dibuat dari batu dan disalut dengan seramik. Jadi bebas dari teflon, PFOA dan PFTE. Untuk keselamatan kita kena tahu cara guna. Kena pastikan:

1. Kita panaskan pada api medium dan tinggi. Kaedah ini pastikan jangka hayatnya lebih panjang.

2. Sekiranya guna minyak, pastikan minyak yang sama diguna pada suhu medium dan tinggi ini. Jangan panaskan tanpa minyak.

3. Guna spatula kayu. Elakkan yang besi atau aluminium. 

Kalau dah tercalar atas apa sebabkan pastikan wok kita campakkan dalam tong sampah. Memang mahal. Tapi kesihatan kita lebih mahal. Dan Cukai kesakitan itu lebih tinggi dan mahal lagi.

Sumber; DrRizal Abu Bakar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*