Bro Firdaus SAMAN Siti Kasim RM 2 juta

www.ismaweb.net

Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung yang juga Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM) mengemukakan saman sebanyak RM2 juta ke atas peguam, Siti Zabedah Kasim atau Siti Kasim hari ini. Menerusi laman sosial Facebook peribadinya, Firdaus memaklumkan, saman f1tnah ke atas Siti Kasim dibuat kerana aktivis sosial itu telah memf1tnahnya dalam laman media sosial sama sebelum ini.

“Ini bukan saman kerana Puan Siti mencabar saya berdebat dan kemudian… ini saman f1tnah kedua saya selepas Arunakiri Nathan yang memf1tnah saya sebelum ini. Insya-Allah ini bukan yang terakhir, minggu depan seorang lagi yang berprofil tinggi juga akan disaman.

“Cukuplah selama ini mereka bebas bercakap dan berbuat sesuka hati tanpa ada tindakan undang-undang. Zaman kita berdiam diri dan diser@ng bertubi-tubi sudah berakhir. Kita perlu ser@ng dengan ilmiah serta tindakan undang-undang.

“Doakan kemenangan kita semua. Semoga ada kebaikan daripada saman ini dan keharmonian negara berdasarkan Rukun Negara serta nilai ketimuran terus terjaga,” katanya. Sebelum ini, Firdaus membuat laporan polis terhadap dua individu berhubung f1tnah dan ugutan diterima ke atasnya termasuk bun0h melalui laman sosial Facebook.

Laporan berkenaan dibuat beliau susulan f1tnah oleh seorang individu sekali gus mendorong seorang individu lain membuat komen ugutan bun0h. Firdaus mendakwa, kejadian itu disedarinya apabila seorang pemilik akaun bernama Arunakiri Nathan berkongsi status FB beliau.

Susulan itu katanya, seorang pemilik akaun bernama Pandian Sam kemudian meninggalkan komen menggug0t bun0h. “Tud0han dan f1tnah berterusan daripada seorang pemilik akaun, Arunakiri Nathan menyebabkan ramai individu membenc1 dan mengug0t saya.

“H@sutan yang berterusan pengh@sut penganut Hindu membenc1 saya serta melaga-laga di antara penganut agama Hindu dan Islam,” kata Firdaus.

Sumber; www.ismaweb.net

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*