Ini langkah bijak YDP Agong untuk tambah kuota haji tahun dan merapatkan kembali hubungan dengan Arab Saudi

Air Times News Network

Asbab hubungan Malaysia dan Arab Saudi yang dingin dan suram atas beberapa faktor, kouta tambahan haji tidak diberikan oleh Arab Saudi bagi tahun 1440H. YAB Perdana Menteri sekadar mengutus surat memohon pertambahan kuota haji namun tiada respon positif dari kerajaan Arab Saudi.

Prihatin dengan kegusaran rakyat, Al-Sultan Abdullah berangkat ke UAE menemui Putera Mahkota Abu Dhabi UAE, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan yang merupakan rakan karibnya semenjak sama-sama menuntut di Royal Military Academy, Sandhurst di UK pada 1970-an.

Kenapa ke UAE bukan terus ke Arab Saudi pada 12 – 16 Jun yang lalu?

Sedar akan hubungan akrab pemerintah UAE dan Arab Saudi, Al-Sultan Abdullah memohon bantuan untuk berhubung dengan Raja Salman Al-Saud.  Perbincangan di atas talian di UAE itu membuahkan hasil dan pemerintah Arab Saudi itu mengurniakan kouta tambahan sebagaimana yang dipersetujui baginda berdua.

Inilah sebenarnya titik penjernihan hubungan Malaysia dan Arab Saudi hasil kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah. Jemputan Raja Salman Al-Saud ini bak “biduk berlalu kiambang bertaut”. Semoga hubungan diplomatik antara dua negara ini semakin mekar dan mengharum.

Allahu Akbar! Daulat Tuanku!

Kredit; Fahrur Rozi Jalaluddin

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*