[Video] Polis Johor – Perlukah kita pasang dashcam?

Polis Johor

Malam ni Admin nak sembang santai dengan korang mengenai keperluan korang memiliki serta memasang Dashcam (Dashboard Camera) pada kenderaan korang. 

Secara amnya Dashcam akan bertindak untuk merakam segala perilaku dan kejadian di jalanraya. Ia boleh dijadikan salah satu bahan bukti bagi melihat :- 
1. bagaimana sesuatu kemalangan atau kejadian itu terjadi. 
2. atau pemandu di hadapan membawa kenderaan secara lalai dan dalam keadaan memabukkan. 

Dashcam boleh merakam kejadian tersebut dengan mudah. Malah ia juga boleh digunakan untuk merakam nombor pendaftaran kenderaan yang melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang, seperti menjadi penyebab kemalangan.

Nak lagi ‘real’ ni admin share salah satu manfaat Dashcam ni. Rakaman cubaan Scam yang berlaku di negara jiran (sebelah JB jerr). Jom tonton video…

Sumber; Polis Johor

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*