[Video] Seorang ‘Taiko’ baru 10 bulan bersyahadah, berjaya Islamkan 7 ahli ahli keluarganya

I Love Muhammad

Masya Allah, bila Allah berkehendak tiada siapa yang dapat menyekatnya… Ini sebuah kisah HIJRAH yang hebat! Seorang lelaki Cina, Bro Ben menceritakan bagaimana beliau boleh tertarik untuk melafazkan syahadah walaupun sebelum ni beliau menaruh pra sangka burok terhadap Islam.

Menurutnya, beliau telah berkahwin dengan wanita Indonesia yang memang asal Islam namun, sebagaimana yang kita tahu perkahwinan campur di antara orang Islam dengan bukan Islam bukan perkara yang pelik di sana. Alhamdulillah, mereka berdua dijentik dengan hidayah Allah, setelah suatu masa isterinya juga kembali berhijab dan kembali mengamalkan Islam yang sebenarnya.

Bro Ben memberitahu apa yang mendorongnya berdakwah kepada ahli keluarganya ialah kerana beliau ingin menarik ahli keluarganya bersama di Jannah. Dan untuk itu mereka ada perlu ada ‘tiket’ untuk ke sana iaitulah dengan cara memeluk Islam.

Suatu perkara yang pasti, perubahan akhlak beliau adalah punca utama kenapa ahli keluarganya terbuka hati untuk turut bersyahadah. Menurut ibunya, akhlak Bro Ben banyak berubah sejak masuk Islam di mana beliau lebih mendengar kata ibunya, lebih mengambil berat pasal orang tuanya dan sering bawa mereka keluar makan… Jauh sekali jika dibandingkan dengan hidupnya sebelum ni yang merupakan seorang ‘Taiko’…

Jom tonton video…

Tonton juga video Bro Firdaus Wong yang sangat related dalam isu ni…

Sumber; I Love Muhammad

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*