Kerana hulurkan bantuan seorang ayah dan anak lafaz syahadah…

Inspirasi Mualaf

Ayah dan anak “Non Muslim” yang OKU yang tidak terjaga menerima islam dengan hanya bantuan yang kami sampai ke rumahnya.

Kisah yang sangat menyed1hkan sehingga kami tidak dapat terima bagaimana mereka hidup dengan pender1taan selama ini. Ayahnya tak boleh jalan sebab pinggang yang patah dan anaknya yang seperti autism. Lebih menyed1hkan yang isterinya yang menjaga mereka selama ini men1nggal dun1a 9 bulan lepas dan mereka seolah2 putus harapan untuk hidup dan tiada lagi kepercayaan pada tuhan. Ini kisah mereka…

Kami menerima kes ini pagi tadi untuk turun bantu mereka dari team inspirasi Mualaf Sabak bernam dan Mualaf Bro Syafiq. Kami diberitahu yang mereka duduk di sungai buloh dan mereka susah sampai tak tahu nak makan apa setiap hari. Hidup sangat tak menentu dan tiada sesiapa yang betul2 bantu mereka.

Bila kami sampai, kami melihat satu rumah yang tiada no dan tanya tentang beliau dengan jiran2 sehingga kami di beritahu tempatnya. Bila kami jumpa dengan sahabat kami, dia seolah2 menunggu ketibaan kami, menunggu pertolongan dari sesiapa. Dan dalam beberapa minit perbualan kami, kami dapati mereka belum makan lagi. Ahli team kami, Bro Adam Rao terus keluar untuk mendapatkan makanan bagi Ayah dan anaknya. Dalam proses itu kami cuba mendapatkan info2 yang penting sebelum menyampaikan bantuan.

Ayah…

Beliau berumur 46 tahun dan belajar sampai SPM dan memang faham tentang keadaanya yang sangat diuji. Dia eksiden dan tak dapat kerja selama ini dan ada penyak1t kencing manis. Dia cuma boleh duduk dan dibantu isterinya untuk mandi dan sebagainya. Isterinya lah semua bagi dia dan anaknya. Isterinya men1nggal sebab septic dan darah beku di hospital sungai buloh. Bila isteri men1nggal, kad pengenalan beliau hilang yang disimpan oleh isterinya.

Dah 9 bulan dia tiada apa2 pengenalan. Isterinya berkerja sebagai pembantu rumah freelance untuk menyara mereka. Walaupun dia OKU, dia tiada kad OKU dan tak tahu langsung tentang nya. Rumah yang mereka tinggal pun bukan rumah mereka dan bukan disewa, cuma rumah kosong yang mereka menumpang selama ini. Elektik dan air pun mereka menumpang dari jiran mereka. Cuba bayangkan kehidupan mereka tanpa makanan yang tetap, tiada sumber kewangan dan keperluan asas.

Anak…

Berumur 13 tahun dan tak pernah pergi sekolah langsung. Kami diberitahu yang dia OKU dan ayahnya pun tak tahu apa penyak1tnya. Dari lahir dia tiada sijil kelahiran walaupun lahir di hospital kerajaan. Ada yang datang nak bantu untuk buat sijil lahir sehingga mengambil buku bukti kelahiran dan hilang begitu sahaja. Bila kami sampai, anaknya sangat gembira.

Hari ini selain menyampaikan bantuan, kami juga menyampaikan tentang islam pada mereka. Dan kami diberitahu yang ada seorang sahabat yang pernah sampaikan Islam beberapa tahun lepas tetapi mereka tidak terbuka hati. Ibu isteri memeluk agama Islam dan anak2 tidak mengikut memeluk agama Islam. Kami menyampaikan tentang tuhan dan Nabi Muhammad saw.

Selepas menyampaikan kami terus menjemput beliau untuk memeluk agama Islam. Tanpa apa2 bantahan, dia terus bersetuju dan kami terus bantu dia dan anaknya bersyahadah. Sekarang mereka bergelar seorang Islam dan bertambah lagi umat Islam. Semua ini gerakan Allah S.W.T dan bukan sahaja kami cuba bantu dia di dunia tapi bantunya untuk mengenal islam.

Kami membuat keputusan untuk memindahkan mereka ke tempat yang lagi selesa dan menjaga keperluan mereka. Sahabat Mualaf Kami di Sabak Bernam, Bro Syafiq dan sis Suhana setuju untuk tempatkan di rumah mereka sementara waktu. Dan dalam process itu bantu mereka untuk mendapatkan kad pengenalan yang hilang, sijil lahir, kad OKU, pendaftaraan islam dan menstabilkan kesihatan dan keperluan mereka.

Selepas makan malam, sahabat kami Bro Adam Rao membawa beliau dan anaknya ke Sabak Bernam. Kami menyampaikan bantuan kewangan dan pakaian hari ini. Kami jugak akan mendapatkan bantuan dari pihak Zakat Selangor. In syaa Allah

Terima kasih pada sahabat2 kami di Sabak Bernam, Bro Syafiq, sis Suhana, Bro Adam Rao yang membantu kami dalam kes ini. Tuan2 dan Puan2, kami akan terus membantu mereka2 ini dengan sokongan dari anda. Kami pasti dan tahu ramai lagi yang perlukan bantuan bukan sahaja mualaf tapi non muslim yang masih tidak tahu kebenaran. Bantulah kami dengan support dakwah kami untuk terus bantu mereka2 ini. Terima kasih.

Sumber; Inspirasi Mualaf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*